Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

24 Februari 2010

Lebih 300 penduduk Ampang Jaya banjiri Klinik Badminton Nusa Mahsuri




Sebahagian pemimpin dan orang ramai bergambar kenangan dengan Misbun, Jalani, Rashid dan Rahman disamping Azmin Ali, Saari Sungib dan Amirudin Shari.

Misbun Sidek sedang mengendalikan klinik badminton di Dewan Taman Seri Keramat AU2 malam tadi.

Kelihatan penduduk sekitar Ampang Jaya sedang menyaksikan barisan pemain NMBC bermain dalam perlawanan pertunjukan.

LEBIH 300 orang penduduk sekitar Ampang Jaya termasuk golongan belia telah membanjiri Dewan Serbaguna Taman Seri Keramat AU2 bagi menyaksikan Klinik Badminton Bersama Nusa Mahsuri (NMBC) malam tadi.

Klinik anjuran JKP Zon 3 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dikendalikan oleh jurulatih perseorangan negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek beserta barisan jurulatih dan pemain NMBC.

Selain Misbun, turut mengambil bahagian ialah Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato' Sidek, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Mohd Sharizal Latip, Misbun Ramdan Datuk Misbun, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat, Norhafizi Aswad Ramli, Hakimi Rahman dan Rahim Rahman.

Menurut jurucakap Program Klinik Badminton Bersama NMBC, Saudara Razali Ramly, objektif utama program itu diadakan adalah bertujuan menyemai dan merangsang minat dikalangan masyarakat khususnya anak-anak muda terhadap sukan berprestij itu.

"Kita berharap program ini mampu membentuk ahli masyarakat sentiasa cergas menerusi kegiatan berfaedah,"ujarnya.

Turut menyaksikan klinik tersebut ialah Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, YB Haji Mohammad Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib, ADUN Batu Caves, YB Amirudin Shari yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor, Penasihat-Penasihat NMBC, Haji Mohd Jalani Dato' Sidek dan Haji Abdul Rashid Dato' Sidek.

Sesi perkenalan...Misbun sedang memperkenalkan barisan jurulatih dan pemain NMBC kepada orang ramai.

Rahim Rahman vs Hakimi Rahman...antara sesi perlawanan pertunjukan yang menarik perhatian ramai.

Kelihatan Rahman (dari kiri) diikuti Jalani, Amirudin Shari, Azmin dan Razali Ramly sedang mendongak ke atas menyaksikan pukulan-pukulan dilakukan barisan pemain NMBC ketika sesi perlawanan pertunjukan.

Misbun sedang memerhatikan aksi perlawanan antara Roslin Hashim dan Zulfari Abdullah.

Misbun sedang memperkatakan sesuatu kepada Azmin sambil didengari penuh minat oleh Jalani dan Saari.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails