Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

25 Mac 2009

Misbun ungguli Jurulatih Terbaik Kebangsaan kali ke-2

JURULATIH Badminton Kebangsaan yang juga Penasihat Nusa Mahsuri BC, Datuk Misbun Dato’ Sidek mencipta sejarah peribadi dalam kerjayanya sebagai jurulatih apabila berjaya mengungguli sekali lagi sebagai Jurulatih Terbaik Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara di Hotel KL Mandarin malam tadi.

Kejayaan Misbun ini dikatakan hasil pencapaian cemerlangnya membawa anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak di temasya Sukan Olimpik Beijing lalu disamping memenangi beberapa kejohanan bertaraf super series sepanjang tahun 2008.

Dengan kejayaan ini, anak kelahiran Banting yang pernah memenangi kategori yang sama pada tahun 2002 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Pada majlis yang dihadiri Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku tetamu kehormat, Chong Wei menepati ramalan awal apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan manakala Olahragawati Kebangsaan terus berada dalam genggaman ratu squash negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkaples Embong.

Zul Amirul Sidi Abdullah yang memenangi dua emas serta satu perak dalam acara renang pada temasya Asean Paragames keempat di Korat, Thailand dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan manakala Siow Lee Chan yang memenangi pingat gangsa dalam acara powerlifting Sukan Olimpik Beijing adalah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dan masing-masing menerima RM10,000.

Anugerah Kepimpinan Sukan diberikan kepada chef-de-mission Malaysia ke Sukan Olimpik di Beijing pada tahun lepas, mendiang Datuk Ho Koh Chye, manakala Anugerah Khas diberikan kepada Nellan Vellasamy dari sukan golf dan Petrina Low Lain Hun dari gimnastik.

ANUGERAH SUKAN NEGARA 2008
Olahragawan Kebangsaan
Datuk Lee Chong Wei (Badminton)

Olahragawati Kebangsaan
Datuk Nicol Ann David (Skuasy)

Pasukan Lelaki Kebangsaan
Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi, Sulaiman Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz (Memanah)

Pasukan Wanita Kebangsaan
Datuk Nicol Ann David, Sharon Wee Ee Lin, Delia Odette Arnold , Low Wee Wern (Skuasy)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan
Zul Amirul Sidi Abdullah (Renang)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan
Siow Lee Chan (Powerlifting)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan
Datuk Mohamed Misbun Dato’ Sidek (Badminton)

Jurulatih Wanita Kebangsaan
Tiada Pemenang

Anugerah Kepimpinan Sukan
Mendiang Datuk Ho Koh Chye

Anugerah Tokoh Sukan
Tiada Pemenang

Anugerah Khas
Nellan Vellasamy (Golf)
Petrina Low Lai Hun (Gimnastik)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails