Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

22 Februari 2009

4 pemain Universiti Kobe jalani latihan sejak semalam

Zulfari sedang memberi latihan drill kepada salah seorang pemain Universiti Kobe.

Dua pemain Universiti Kobe sedang giat menjalani latihan dibawah kendalian Zulfari.

SERAMAI empat pemain dari Jepun termasuk dua pemain utama Universiti Kobe sedang mengikuti latihan intensif di Kelab Nusa Mahsuri sejak semalam.

Semasa ditemui di Kompleks Sukan MBPJ Kelana Jaya, delegasi skuad tersebut diketuai Pembantu Prof. Ikarugi Chikako dilihat begitu gigih menjalani latihan dibawah bimbingan Penolong Jurulatih, Zulfari Abdullah sambil turut berpeluang mengadakan latihan bersama dengan pemain-pemain program pembangunan remaja.

Empat pemain tersebut ialah Iwabu Yoshihiro, Sumiyoshi Taiyo, Asano Gosuke dan Inomoto Akiu.

“Ini merupakan kali kedua saya mengiringi para pemain universiti saya menjalani latihan di sini. Saya amat berharap pemain yang terpilih mengikuti latihan ini akan menggunakan segala ruang untuk meningkatkan taraf permainan selain mempelajari sebanyak mungkin teknik permainan sukan badminton secara mendalam khususnya menerusi pendekatan praktikal. Sesungguhnya, kami amat berterima kasih kepada Nusa Mahsuri kerana sedia menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti seluruh Jepun dan persatuan badminton negeri,” kata Chikako.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails