Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

03 Oktober 2009

Shahrizal wakil tunggal NMBC di akhir

PEMAIN remaja Nusa Mahsuri BC, Mohd Shahrizal Abdul Latip (gambar) terus mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun ini apabila berjaya melangkah ke pertandingan akhir perseorangan lelaki Divisyen Dua Kejohanan Terbuka Terengganu hari ini. Pilihan kelima kejohanan ini terdahulu mengenepikan cabaran jaguh Pulau Pinang, Ho Khek Mong di peringkat separuh akhir dengan kemenangan mudah dua set terus 21-13, 21-9 dalam masa 30 minit sahaja.

Langkah bergaya ini bagaimanapun gagal dituruti seorang lagi pemain NMBC, Misbun Ramdan Datuk Misbun yang terpaksa akur dengan kemantapan permainan pilihan pertama kejohanan, Goh Soon Huat. Ramdan kalah dalam rubber set 21-15, 15-21, 16-21 dalam masa 50 minit.

Bagi Shahrizal, usaha untuk mencipta kejayaan berganda nampaknya tidak kesampaian apabila gandingannya bersama Misbun Syawal tidak mampu meredah kekebalan ampuh pasangan Chooi Kah Ming/Ow Yao Han dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Biarpun seketika ceria selepas memenangi set pertama 22-20, namun nada itu tidak lama apabila kecundang set berikutnya 12-21, 7-21.

Dalam perlawanan lain, Muhammad Hafiz Hashim dan Kuan Beng Hong tidak menghadapi membenam cabaran rakan sepasukan, Mohd Arif Abdul Latif dan Liew Daren dalam permainan dua set terus bagi membolehkan kedua-dua bertemu sesama sendiri buat kali pertama di perlawanan akhir sirkit kebangsaan.

Bagi acara bergu lelaki, Chan Chong Ming/Chew Choon Eng yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan mencapai kemenangan mudah dengan menundukkan gandingan Chan Peng Soon/Lim Khim Wah 21-17, 21-13 untuk mengesahkan diri ke perlawanan akhir bertemu pasangan Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan yang awal lagi menerima kemenangan percuma selepas pasangan veteran negara, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah menarik diri.

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA TERENGGANU 2009
SEPARUH AKHIR

DIVISYEN DUA
PERSEORANGAN LELAKI
*6 Misbun Ramdan Datuk Misbun kk *1 Goh Soon Huat 15-21, 21-15, 21-16 [50 minit]
*5 Mohd Sharizal Latip mn *2 Ho Khek Mong 21-13, 21-9 [30 minit]

BERGU LELAKI
Hafifi Hashim/Hafizi Hashim kk Tan Wee Tat/Yew Hong Kheng 9-21, 12-21 [22 minit]
Misbun Syawal/Sharizal Latip kk Chooi Kah Ming/Ow Yao Han 22-20, 12-21, 7-21 [36 minit]

PERSEORANGAN PEREMPUAN
*1 Sonia Cheah Su Ya mn Lim Chiew Sien 21-5, 21-13 [21 minit]
*2 Yang Li Lian mn *4 Ng Sin Er21-17, 21-10 [25 minit]

BERGU PEREMPUAN
Lai Pei Jing/Ng Hui Ern mn Joyce Choong Wai Chi/Ti Wei Chyi 21-10, 21-14 [25 minit]
*1 Sonia Cheah/Yang Li Lian mn Ong Boon Hui/Shevon Lai Jernie 16-21, 21-16, 22-20 [38 minit]

BERGU CAMPURAN
*1 Ow Yao Han/Lai Pei Jing mn Yew Hong Kheng/Ong Boon Hui 21-18, 21-16 [28 minit]
Chooi Kah Ming/Ng Hui Ern mn *2 Heg Wei Kiat/Maggie Lim Pei Chi 21-9, 18-21, 21-16 [30 minit]

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
*1 Muhammad Hafiz Hashim mn Mohd Arif Abd Latif 21-12, 21-9 [23 minit]
*2 Kuan Beng Hong mn Liew Daren 21-12, 21-13 [35 minit]

BERGU LELAKI
Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan mn *3 Choong Tan Fook/Lee Wan Wah - tarik diri
*4 Chan Chong Ming/Chew Choon Eng mn Chan Peng Soon/Lim Khim Wah 21-17, 21-13 [25 minit]

PERSEORANGAN WANITA
*2 Lydia Cheah Li Ya mn Sannatasah Saniru 21-12, 21-17 [30 minit]
Tee Jing Yi lwn Lim Yee Theng 21-13, 21-12 [25 minit]

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui mn Lim Yin Loo/Ng Paou Leng 21-14, 21-16 [45 minit]
*2 Amelia Anscelly/Nairul Suhada Latif mn Lydia Cheah/Ooi Swee Wenn 21-17, 21-18 [24 minit]

BERGU CAMPURAN
Fairuzizuan Tazari/Wong Pei Tty mn Mak Hee Chun/Ng Hui Lin 23-21, 21-18 [27 minit]
Razif Latif/Nairul Suhada Latif mn *2 Ong Jian Guo/Choong Sook Chin 21-19, 21-18 [27 minit]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails