Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

27 November 2015

Selamat Ulang Tahun Kelahiran @ Happy Birthday ke 25 buat Ridzwan Rahmat

Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran @ Happy Birthday ke-25 buat pemain kami Ridzwan Bin Rahmat. Semoga kehadiran detik bermakna ini akan memberi kesihatan terbaik sambil mencerna lebih banyak kejayaan dalam karier.

10 November 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-52 buat Dato' Seri Jalani Dato' Sidek


Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran @ Happy Birthday yang ke-52 buat Presiden kami, Dato' Seri Hj Mohd Jalani Dato' Hj Sidek pada hari ini. Mudah-mudahan Dato' Seri sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bertawakkal dan berbahagia bersama keluarga tercinta, insyaallah.

18 Oktober 2015

Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal raih gelaran Antarabangsa Mesir 2015


Pasangan Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal Misbun mempamerkan aksi mantap apabila berjaya meraih gelaran dengan menjuarai acara bergu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Mesir selepas menewaskan Bahaedeen Ahmad Al Shannik/Mohd Naser Mansour Nayef pada pentas akhir.

Pasangan yang bernaung dibawah Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu bermula garang dengan memenangi set pertama 21-15. Pada set kedua gandingan Jordan kembali menunjukkan aksi lebih agresif menerusi turutan mata yang hampir sama hingga mencatat  kejayaan 21-17 dan sekaligus mengheret ke permainan ke set penentuan.

Ridzwan/Misbun Shawal bagaimanapun bangkit untuk menguasai set ketiga dengan 21-16 bagi membolehkan mereka membawa pulang gelaran pertama di peringkat antarabangsa sejak mula digandingkan bersama.

Terdahulu pada peringkat separuh akhir, Ridzwan/Misbun Shawal telah melakukan kejutan terbesar selepas menundukkan pilihan pertama kejohanan, Ali Ahmed El Khateeb/Abdelrahman Kashkal dari Mesir.

“Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, saya cukup bangga dapat meraih gelaran pertama antarabangsa sejak bergelar pemain professional dan saya berharap  mampu meneruskan kejayaan yang sama pada kejohanan-kejohanan yang berikutnya selepas ini,” kata Ridzwan.

Sementara itu, hasrat Ridzwan untuk mencatatkan kejayaan berganda pada kejohanan ini tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati melangkah ke separuh akhir acara perseorangan lelaki sebelum tunduk kepada pilihan pertama kejohanan, Edwin Ekiring dari Uganda.


Selain Ridzwan dan Misbun Shawal, turut mengambil bahagian pada kejohanan ini ialah Muhammad Ziyad Md Tah sambil diiringi jurulatih Salim Samion.



11 Oktober 2015

Jalani Sidek dinobat Tokoh Asus Kuala Lumpur 2015

Dato' Jalani Sidek dinobat tokoh ASUS Kuala Lumpur 2015

Bekas pakar beregu utama negara, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek telah dinobatkan sebagai tokoh Asus pada majlis Anugerah Sukan Untuk Semua 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam tadi.

Pemilihan Dato' Seri Jalani dibuat berdasarkan sumbangan besar terhadap masyarakat, penglibatan aktif dalam pembangunan sukan badminton negara dan pencapaian cemerlang sepanjang bergelar seorang pemain badminton yang berjaya.

Dato' Seri Jalani merupakan atlet pertama Malaysia memperolehi pingat di temasya Sukan Olimpik selain muncul juara termuda Kejohanan Seluruh England pada 1982  dan memenangi Piala Thomas pada 1992.







29 September 2015

Promosi hebat dan murah Raket Maxbolt

Promosi Hebat dan Paling Murah!
RAKET MAXBOLT
Kini boleh diperolehi

Jangan lepaskan peluang keemasan ini secepat mungkin kerana ia limited stock!

Berminat: sila whatsapp +6010 423 1046


22 September 2015

5 wakil Nusa Mahsuri bawa Petaling juara keseluruhan badminton Sukan Selangor 2015


Empat pemain dan seorang jurulatih Nusa Mahsuri berjaya menjulang nama Daerah Petaling muncul juara keseluruhan acara badminton Sukan Selangor 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan MBPJ Kelana Jaya baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli, Mohd Ziyad Md Tah, Abd Hakim Rahman​, Siti Nabihah Rahman​ dan Doni Zulfikar​.

Pada perlawanan akhir acara berpasukan, Daerah Petaling membenam cabaran Gombak 3-0.

Bagi acara individu perseorangan lelaki pula, Izzuddin mengenggam kejuaraan selepas berhempas pulas menundukkan rakan sepasukan, Mohd Ziyad yang berlanjutan sehingga ke set penentuan. Izzuddin menang 17-21, 21-18, 21-14.

Kemenangan yang dikecapi itu nyata menimbulkan semangat berkobarkobar kepada Izzuddin untuk mencipta kejayaan hattrik apabila sekali lagi menjadi wira buat Daerah Petaling selepas menjuarai acara bergu lelaki berpasangan dengan Mohd Ziyad menewaskan Victor Ong/Syafiq Iqbal juga dari Petaling 21-13, 21-15.


20 September 2015

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-50 buat Hj Rahman Dato' Sidek


TIADA ungkapan lebih indah mampu dilafazkan buat Tuan Haji Abdul Rahman Sidek hari ini melainkan kata ucapan keramat...SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-50 daripada kami keluarga Nusa Mahsuri. Mudah-mudahan kehadiran saat istimewa ini memberi seribu pengertian cukup bermakna dalam kehidupan disamping dianugerahkan kesihatan terbaik dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

#ucapankeramat
#harilahir
#istimewa

11 September 2015

Maxbolt diuji legenda badminton dunia, Jalani Sidek


MAXBOLT merupakan produk badminton terbaru yang didatang khas dari Korea dan telah diuji oleh legenda badminton dunia yang juga juara bergu lelaki termuda dalam sejarah Kejohanan All England, pemegang pingat gangsa pertama negara di Sukan Olimpik dan juara Piala Thomas 1992, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Hj Sidek.

Dapatkan produk ini pada setiap lokasi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri yang dikunjungi team Nusa Mahsuri di seluruh negara sekarang dengan tawaran harga istimewa.

MALBOLX tested by World Badminton Legend, Jalani Sidek.

#produk
#badminton
#diskaun

21 Julai 2015

Riang Ria team Nusa Mahsuri sambut Aidilfitri

Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Hj Sidek & keluarga
Datuk Dr. Misbun Dato' Hj Sidek & keluarga
Hj Rahman Dato' Hj Sidek & keluarga
Salim Samion & keluarga
Ab Rahim Bakar & keluarga
Doni Zulfikar Amir dan keluarga
Ridzwan Rahmat & keluarga
Muhammad Ziyad Md Tah & keluarga

14 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam di seluruh negara

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pihak pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M, Maaf Zahir Batin buat para pemain, jurulatih, ahli keluarga, rakan taulan, para peminat dan seluruh umat Islam di seluruh negara.

Mudah-mudahan semua beroleh kegembiraan bersama insan tercinta serta sentiasa berwaspada ketika memandu dan menunggang kenderaan masing-masing sepanjang perayaan kali ini.


07 Jun 2015

Sisipan video final beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri 2015

Kejohanan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri: Pencarian bakat baru berbaloi


KEJOHANAN Badminton Remaja anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri berlangsung dalam suasana meriah dan cukup berbaloi dalam pencarian bakat-bakat baru sekitar Petaling Jaya.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Kelana Jaya telah dilaksanakan selama dua hari dan berakhir lewat petang tadi. 

Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Ketua Jurulatih Remaja Nusa Mahsuri, Haji Rahman Dato' Haji Sidek. Tutut hadir ialah Pegawai Pembangunan Sukan MBPJ, Puan Zainah Karim.




KEPUTUSAN PENUH
PERLAWANAN AKHIR

BAWAH 12 TAHUN
PERSEORANGAN LELAKI

Muhd Harris Sufian menang Muhd Afif Danial 19-21,21-12,21-18

PERSEORANGAN PEREMPUAN
Loh Zhi Wei menang Keveesha Lui Shahker 21-6, 21-7
BEREGU LELAKI
Ahmad Azamudin/Muhd Harris menang Muhd Thaqif/Lau Chun Yi 17-21,21-13,21-18
BAWAH 15 TAHUN
PERSEORANGAN LELAKI

Low Ming Jun menang Ng Yi Xue 21-8,21-15
PERSEORANGAN PEREMPUAN
Fairuz Fadlin menang Farahlia Fadlin 21-18, 21-10
BEREGU LELAKI
Yap Yi Jie/Low Ming Jun menang Wong Cheng Yang/Koh Sian Hern: 21-10,21-16
BAWAH 18 TAHUN
PERSEORANGAN LELAKI

Muhd Amar Sani menang Muhd Abu Ubaidah: 21-14,21-9
BEREGU LELAKI
Izzat Farhan/Riyanda Kesuma menang Muhd Amar Sani/Muhd Amir Sani: 21-10,21-19




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails