PEMAIN utama remaja Nusa Mahsuri BC, Misbun Ramdan Datuk Misbun (gambar) mengetuai cabaran perseorangan lelaki negara layak ke pusingan ketiga selepas menundukkan lawan masing-masing pada pusingan kedua sebentar tadi.
Ramdan yang berdepan Takeuchi Hiroki tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencapai kemenangan mudah dalam permainan dua set terus. Ramdan menang 21-12, 21-14 dalam masa 23 minit sahaja untuk membolehkan dia bertemu Ary Trisnanto dari Indonesia pada jam 8.00 malam ini.
Turut menyusuli langkah bergaya Ramdan ke pusingan berikutnya ialah Zulfadli Zulkifli dan Mohd Syawal Ismail sementara Iskandar Zulkarnain hanya akan turun beraksi pada jam 12.30 tengahari ini.
Bagaimanapun acara perseorangan wanita kini bergantung harap terhadap perjuangan Sonia Cheah yang awal lagi telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan wakil Kanada, Sarah Kong 21-11, 21-15 manakala Tee Jing Yi menang percuma ke atas pemain Cambodia. Dua lagi rakan mereka, Yang Li Lian dan Ng Siew Fong terpaksa akur dengan kekalahan ditangan lawan masing-masing.
Bagi acara bergu, cabaran negara hanya akan bermula pada jam 1.00 petang ini.