Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Disember 2014

Team Ehime tamat perguruan di Malaysia

SKUAD Badminton Wilayah Ehime, Japan yang terdiri daripada seorang ketua, dua jurulatih dan tiga belas pemain berjaya menamatkan program intensif badminton selama empat hari di Malaysia yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Program pada hari terakhir yang diselangselikan dengan sesi soal jawab dan match play antara jurulatih dan pemain-pemain Ehime antara aktiviti yang cukup memcuri tumpuan lebih-lebih lagi dengan penglibatan secara langsung Datuk Dr. Misbun Dato" Hj Sidek.


27 Disember 2014

Selepas Wilayah Tokai, kini tiba 13 pemain Ehime 'berguru' di Malaysia



SELEPAS Wilayah Tokai, Jepun kini tiba pula masanya jiran terdekat mereka, Wilayah Ehime hadir menjalani latihan intensif selama empat hari di Malaysia bermula hari ini.

Delegasi seramai 16 orang termasuk seorang ketua dan dua jurulatih akan menjalani latihan pertengahan dan lanjutan ini dikendalikan sendiri oleh lagenda badminton negara, Datuk Dr Hj Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

23 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai tamat latihan intensif di Malaysia



SERAMAI 10 orang pemain Persatuan Badminton Wilayah Tokai, Jepun berjaya menamatkan program latihan intensif selama empat hari yang berakhir sebentar tadi.

Sepanjang berada di Malaysia, kesemua pemain  termasuk Yamakawa Ren, Yoneyama Riku dan Sekiya Yume yang masing-masing telah mewakili wilayah itu ke Kejohanan Badminton High School Seluruh Jepun 2014 nyata begitu teruja dan tekun mengikuti setiap sesi latihan yang dikendalikan oleh Datuk Dr Haji Misbun Dato' Haji Sidek sambil dibantu jurulatih, Salim Samion dan barisan pemain utama Nusa Mahsuri.

Delegasi Tokai kali ini diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Badminton Negeri Mie, Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr Yamamoto Yasuo dan tiga jurulatih negeri dari Aichi, Shizuoka dan Gifu.


20 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai Jepun sertai latihan intensif di Nusa Mahsuri bermula hari ini



Seramai 15 orang delegasi Persatuan Badminton Wilayah Tokai menjalani latihan intensif bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri selama empat hari bermula hari ini.

Delegasi tersebut yang dianggotai pemimpin tertingginya, Mr. Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr. Yamamoto Yasuo, tiga jurulatih dan 10 pemain telah disambut oleh lagenda badminton negara, Datuk Dr. Misbun Sidek dan jurulatih Nusa Mahsuri.

Tokai meliputi negeri Aichi, Mie, Gifu dan Shizuoka.

Kehadiran mereka ke Malaysia ini merupakan satu kesenimbungan program usahasama tahunan Nusa Mahsuri bersama persatuan badminton wilayah Jepun.

19 Disember 2014

Selamat menjalankan tugas buat Encik Ahmad Shapawi Ismail sebagai KP MSN yang baharu



"Bagai sirih pulang ke gagang"

Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan tahniah buat Encik Ahmad Shapawi bin Ismail diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang baharu. Mudah-mudahan amanat dan tanggungjawab berat ini mampu dipikul dengan cemerlang oleh Encik Ahmad Shapawi dalam mengangkat martabat dan imej sukan negara di mata dunia, insyaallah.

Selamat menjalankan tugas.

10 Disember 2014

Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah: Aksi pemain Nusa Mahsuri petang ini


AKSI PEMAIN NUSA MAHSURI
PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
Misbun Ramdan Misbun lwn Cheam June Wei - 5.15pm
Ridzwan Rahmat lwn *7 Iskandar Zulkarnain Zainuddin -5.15pm
Misbun Shawal Misbun lwn Chong Yee Han - 6.25pm
Ziyad Md Tah lwn Winson Neo Vui Min - 6.25pm

(Nota: Misbun Ramdan, Ridzwan dan Misbun Shawal mendapat bye pada pusingan pertama)

Ziyad cipta kejutan benam Juara Remaja Asia 2013


PEMAIN terbaru Nusa Mahsuri, Muhammad Ziyad Md Tah memulakan cabaran Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Juara Remaja Asia 2013, Soo Teck Zhi pada pusingan pertama sebentar tadi.

Meskipun diheret ke set penentuan, ia nyata tidak menjejaskan tumpuan anak kelahiran Johor ini untuk memenangi perlawanan 21-19, 18-21, 21-19 dalam masa 64 minit.

Menanti cabaran Ziyad pada pusingan seterusnya ialah Winson Neo Vui Min dari Sabah yang mendapat bye pada pusingan pertama.

09 Disember 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

Untuk mengetahuai draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI 
*1 Chong Wei Feng
*2 Mohd Arif bdul Latif
*3 Liew Daren
*4 Tan Chun Seang
*5 Misbun Ramdan Misbun
*6 Goh Soon Huat
*7 Iskandar Zulkarnain Zainuddin
*8 Chiang Jiann Shiaring

PERSEORANGAN WANITA
*1 Tee Jing Yi
*2 Yang Li Lian

BERGU LELAKI
*1 Lim Khim Wah/Ow Yao Han
*2 Goh Wei Shem/Tan Wee Kiong
*3 Hoon Thien How/Tan Boon Heong
*4 Chooi Kah Ming/Teo Kok Siang

BERGU WANITA
*1 Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho
*2 Joyce Choong Wai Chi/Yap Cheng Wen

BERGU CAMPURAN
*1 Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan
*2 Tan Aik Quan/Lai Pei Jing
*3 Mohd Lutfi Zaim Khalid/Soong Fie Cho
*4 Tan Chee Tean/Shevon Lai Jemie


10 November 2014

Selamat Hari Lahir ke-51 buat Dato' Seri Mohd Jalani Sidek


Gendang berkocak dipalu,
Beralun irama lagu,
Selamat hari lahir kami ucapkan padamu,
Moga berbahagia bersama famili selalu.

Intipati ucapan ditujukan khas buat Presiden kami, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek yang menyambut hari kelahiran kali ke-51 hari ini bersamaan 10 November.



15 Oktober 2014

Selamat Pengantin Baru buat Rizal Khalib & Asmawati Omar


Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ahmad Rizal Al-Khalib dengan permata hati, Asmawati Omar. Semoga pertemuan dua hati dan mahligai kasih yang bertakhta di singgahsana bakal berkekalan hingga abadi.

13 Oktober 2014

Misbun Sidek cipta sejarah terima PhD


DATUK Haji Misbun Dato' Haji Sidek mencipta sejarah apabila muncul bekas pemain dan jurulatih sukan pertama Malaysia menerima pengiktirafan tertinggi daripada pusat pengajian tinggi tempatan.

Beliau yang pernah membimbing tiga pemain nombor satu dunia iaitu Haji Rashid Dato' Sidek, Haji Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei pada kelmarin telah diperkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah @PhD (Pembangunan Insan) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor merangkap Pro Canselor UTHM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Pemilihan Misbun oleh barisan ahli Senat universiti berkenaan dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besarnya bergelumang selama 35 tahun kepada pembangunan sukan negara.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah penerimaan ijazah kehormat itu oleh Misbun ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang juga Pro Canselor UTHM, Timbalan Menteri Pengangkutan,  YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato' Haji Ismail Karim, Naib Canselor UTHM, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,isteri Misbun, Datin Latifah Sidek, ahli keluarga Misbun serta pengurusan tertinggi UTHM.




18 September 2014

Nusa Mahsuri laksana Kem Bakat Badminton di Ipoh 19-21 September ini


Team Nusa Mahsuri sekali lagi akan turun ke peringkat akar umbi apabila diberi tanggungjawab melaksanakan Program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi peringkat Negeri Perak mulai 19-21 September ini.

Kem selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Lokasinya bersebelahan Stadium Perak dan Stadium Tertutup Indera Mulia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Perak di talian 05-5489500/501

01 September 2014

Kem Bakat Badminton: Team Nusa Mahsuri ke Kedah mulai Khamis ini


TEAM Nusa Mahsuri akan berada di Kedah bagi mengendalikan program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri itu selama tiga hari bermula Khamis ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

26 Ogos 2014

Sehari bersama Datuk Misbun Dato' Sidek di UTHM 29 Ogos ini


Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) akan menganjurkan Satu Program bersama Legenda Badminton Negara adalah sepertimana berikut :

Tarikh : 29 Ogos 2014 (Jumaat)
Waktu : 9.00 pg – 5.00 ptg
Lokasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Aktiviti Program
8.30 – 9.00 pg – Sarapan.
9.00 – 10.00 pg – Ceramah/Motivasi/Pengenalan Kepada Dunia Badminton.
10.00 – 12.00 tgh – Sesi I – Klinik Badminton I.
12.00 – 12.45 tgh – Makan Tengahari.
12.45 ¬– 2.00 ptg – Rehat.
2.00 – 4.00 ptg – Sesi II – Klinik Badminton II.
4.00 – 5.00 ptg – Sesi III – Soal Jawab.
5.00 – 5.30 ptg – Minum Petang dan Sesi Bergambar.

Untuk Penyertaan/Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
En. Md. Mahdzer b Rahmat – 019 7002 888
Cik Dalila Mohd Harun – 017 743 4941

31 Julai 2014


KETIKA terarah kepada kerancakan temasya Sukan Komanwel, skuad badminton mahasiswa negara mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang keseluruhan satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Badminton Dunia yang berakhir Cordoba, Sepanyol kelmarin.

Pingat emas sulung negara berjaya diraih menerusi gandingan bergu lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Mohamad Arif Abdul Latif yang mengenepikan cabaran bergu China, Guo Junjie/Zhang Zhijun.

Kejayaan Iskandar Zulkarnain itu sekaligus berjaya menebus kehampaannya selepas tewas tipis kepada Gao Huan pada pentas final perseorangan lelaki.

KEPUTUSAN PENUH
Bergu Wanita
*2 Ou Tang/Dong Yuanting (CHN) mn Mirai Shinoda/Natsumi Uratani (JPN) 21-13, 21-8 (28 min)
Perseorangan Lelaki
*2 Gao Huan (CHN) mn Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) 21-15, 15-21, 22-20 (86 minit)
Bergu Campuran
Perseorangan Wanita
Bergu Lelaki
Iskandar Zulkarnain/Arid Abdul Latif (MAS) mn Guo Junjie/Zhang Zhijun (CHN) 21-16, 21-19 (30 min)

17 Jun 2014

Sentuhan Misbun Sidek gamit peserta Kem Bakat Labuan


SENTUHAN dipamerkan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri nyata menggamit memori indah buat 105 bakat baru ketika berlangsungnya Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat kawasan itu baru-baru ini.

Kem selama tiga hari itu telah berlangsung di Kompleks Sukan Labuan dan majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Encik Zaini Abd Aziz.

05 Jun 2014

Team Nusa Mahsuri kendali Kem Bakat di Labuan 13-15 Jun ini

TEAM Nusa Mahsuri akan berada di Labuan bagi mengendalikan program latihan Kem Bakat Badminton pada 13-15 Jun ini.

Ia akan diketuai oleh Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek sambil dibantu barisan jurulatih berpengalaman kelab termasuk Haji Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi terus urusetia program, Jabatan Belia dan Sukan Labuan di talian 087-415344.

07 Mei 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2014
TARIKH: 8 - 11 MEI 2014
VENUE: MEDVODE SPORT HALL, SLOVENIA

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2014


PEMAIN PILIHAN 
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2014
TARIKH: 8 - 11 MEI 2014
VENUE: MEDVODE SPORT HALL, SLOVENIA

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Misbun Ramdan Misbun (MAS)
*2 Christian Lind Thomsen (DEN)
*3 David Obernosterer (AUT)
*4 Iztok Utrosa (SLO)
*5 Flemming Quach DEN)
*6 Maxime Moreels (BEL)
*7 Luka Wraber (AUT)
*8 Jordy Hilbink (NED)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Stefani Stoeva (BUL)
*2 Soraya De Visch Eijbergen (NED)
*3 Maja Tvrdy (SLO)
*4 Victoria Slobodjanuk (RUS)
*5 Delphine Lansac (FRA)
*6 Marie Demy (BEL)
*7 Lucie Cerna (CZE)
*8 Laura Sarosi (HUN)

BERGU LELAKI
*1 Nikita Khakimmov/Vasily Kuznetsov (RUS)
*2 Joe Morgan/Nicolas Strange (WAL)
*3 Zvonimir Durkinjak/Zvonimir Hoelbing (CRO)
*4 Jurgen Koch/Christian Lind Thomsen (AUT/DEN)

BERGU WANITA
*1 Gabriel Stoeva/Stefani Stoeva (BUL)
*2  Victoria Dergunova/Olga Morozova (RUS)
*3 Jenny Moore/Victoria Williams (ENG)
*4 Stacey Guerin/Delphine Lansac (FRA)

BERGU CAMPURAN
*1 Jakub Bitman/Alzbeta Basova (CZE)
*2 Roman Zienward/Elisabeth Baldauf (AUT)
*3 Ondrej Kopriva/Katerina Tomalova (CZE)
*4 Alexandr Zinchenko/Olga Morozova (RUS)

16 April 2014

Gegaran Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bermula; Kuching lokasi pertama


SERAMAI 60 bakat baru sekitar negeri Sarawak dijangka mengambil bahagian pada Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Nusa Mahsuri yang bermula di Kuching pada 18 April ini bersamaan Jumaat.

Program selama tiga hari itu adalah lanjutan yang diperkenalkan dalam mengasah bakat-bakat muda di seluruh negara dengan pendedahan sistem permainan yang betul.

Ia akan dikendalikan oleh lagenda badminton negara yang juga Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek dengan dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, boleh berhubung terus dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing atau dapatkan info di blog: Kem Bakat Badminton


09 April 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014


DRAW & KEPUTUSAN 
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA SINGAPURA 2014
TARIKH: 8-13 APRIL 2014
VENUE: STADIUM TERTUTUP SINGAPURA, SINGAPURA.

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA SINGAPURA 2014
TARIKH: 8 - 13 APRIL 2014
VENUE: STADIUM TERTUTUP SINGAPURA, SINGAPURA

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan ini, sila klik disini

01 April 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Osaka 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA OSAKA 2014
TARIKH: 2-6 APRIL 2014
VENUE: MORIGUCHI CITY STADIUM, KAWARA-MACHI, MORIGUCHI-SHI, OSAKA

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Osaka 2014


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA OSAKA 2014
TARIKH: 2 - 6 APRIL 2014
VENUE: MORIGUCHI CITY GYMNASIUM, KAWARA-MACHI, MORIGUCHI-SHI, OSAKA

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Kazumasa Sakai (JPN)
*2 Misbun Ramdan Misbun (MAS)
*3 Wang Tzu Wei (TPE)
*4 Wan Chin-Hsin (TPE)
*5 Riichi Takeshita (JPN)
*6 Ng Ka Long (HKG)
*7 Yi Hsueh Hsuan (TPE)
*8 Hsien Lin Yu (TPE)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Kaori Imabeppu (JPN)
*2 Yui Hashimoto (JPN)
*3 Febby Angguni (INA)
*4 Ching Hsu Ya (TPE)
*5 Yuka Kusunose (JPN)
*6 Po Pai Yu (TPE)
*7 Kana Ito (JPN)
*8 Kim Hyo Min (KOR)

BERGU LELAKI
*1 Hiroyuki Saeki/Ryota Taohata (JPN)
*2 Evgeniij Dremin/Sergey Lunev (RUS)
*3 Chooi Kah Ming/Teo Ee Yi (MAS)
*4 Yu Lin Chia/Wu Hsian-Lin (TPE)
*5 Sol Kyu Choi/Kim Dae Eun (KOR)
*6 Jun Bong Chan./Duck Young Kim (KOR)
*7 Didit Juang/Muhammad Ulinnuha (INA)
*8 Yuki Fukushima/ohanes Rendy Sugiarto/Afiat Yuris Wirawan (INA)

BERGU WANITA
*1 Yoo Jung Chae/Kim Ji Won (KOR)
*2 Komala Dewi/Meiliana Jauhari (INA)
*3 Kugo Asumi/Yui Miyauchi (JPN)
*4 Yuki Fukushima/Sayaka Hirota (JPN)
*5 Ka Chan Tsz/Yan Poon Yan (TPE)
*6 Shizuka Matsuo/Mami Naito (JPN)
*7 Shendy Puspa Irawati/Vita Marissa (INA)
*8 Aoi Matsuda/Soyoka Yamaguchi (JPN)

BERGU CAMPURAN
*1 Sol Kyu Choi/Yoo Jung Chae (KOR)
*2 Muhammad Rijal/Vita Marissa (INA)
*3 Fernando Kurniawan/Poon Lok Yan (HKG)
*4 Yin Wong Fai/Chow Mei Kuan (MAS)
*5 Jung Jae Wook/Choi Hye In (KOR)
*6 Ryota Taohata/Koharu Yonemoto (JPN)
*7 Takuto Inoue/Yuki Fukushima (JPN)
*8 Tan Chee Tean/Lai Shevon Jemie (MAS)

23 Mac 2014

Team Nusa Mahsuri lepas gian di kolam pancing

Dari kiti ialah Zulfari, Rahim, Datuk Misbun dan Misbun Shawal.
Datuk Misbun menunjukkan isyarat bagus bersama Shawal selepas mendaratkan Kerapu.
Misbun Shawal bersama seekor kerapu yang berjaya dinaikkan.
Zulfari kelihatan ceria melihat ikan siakap yang berjaya ditewaskan.
SELEPAS sekian lama sibuk dengan rutin harian menjalani latihan dan penyertaan ke kejohanan badminton antarabangsa, barisan jurulatih dan pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Datuk Misbun Sidek sempat turun ke kolam memancing di Pulau Carey bagi meredakan ketegangan sambil beriadah.

Selain Misbun, turut mengambil bahagian ialah Bendahari kelab, Rahim Bakar, jurulatih Zulfari Abdullah dan pemain, Misbun Shawal Misbun. 

16 Mac 2014

Misbun Ramdan rangkul juara Antarabangsa Romania


MISBUN Ramdan Misbun berjaya merangkul kejuaraan pertamanya tahun ini apabila menewaskan Adrian Dziolko dari Poland dalam pertarungan rubber set pada pertandingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Romania yang baru sahaja berakhir.

Misbun Ramdan menang 15-21, 21-18, 21-16 dalam masa 49 minit.

Lebih manis lagi, kejayaan ini dicapai Misbun Ramdan ketika ulangtahun kelahiran ke-23 Misbun Ramdan pada hari ini.

Selamat Hari Lahir ke-23 buat Misbun Ramdan


Pihak pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-23 buat Misbun Ramdan pada hari ini bersamaan 16 Mac. Mudah-mudahan Misbun Ramdan akan menjadi bintang badminton yang berjaya, diberi kesihatan lebih baik disamping memperolehi rezeki melimpah ruah, insyaallah.

12 Mac 2014

Draw & Keputusan Kejohanan Antarabangsa Romania 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA ROMANIA 2014
TARIKH: 13 - 16 MAC 2014
VENUE: CONSTANTIN JEDE SPORT HALL, TIMISOARA

Untuk mengikuti draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

11 Mac 2014

Pemain Pilihan Kejohanan Antarabangsa Romania 2014

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA ROMANIA 2014
TARIKH: 13 - 16 MAC 2014
VENUE: CONSTANTIN JEDE SPORT HALL, TIMISOARA

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Misbun Ramdan Datuk Misbun (MAS)
*2 Iztok Utrosa (SLO)
*3 David Obernosterer (AUT)
*4 Maxime Moreels (BEL)
*1
*5 Lucas Claerbout (FRA)
*6 Kuca Wraber (AUT)]
*7 Steffen Rasmussen (DEN)
*8 Jarolim Vicen (SLO)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Perrine Le Buhanic (FRA)
*2 Nanna Vainio (FIN)
*3 Nicola Cerfontyne (ENG)
*4 Mary Demy (BEL)
*5 Kate Foo Kune ((MAU)
*6 Jenny Wan (SWE)
*7 Mette Poulsen (DEN)
*8 Laura Sarosi (HUN)

BERGU LELAKI
*1 Kevin Dennerly Minturn/Oliver Leydon Davis (NZL)
*2 Martin Campbell/Patrick Machugh (SCO)
*3 Joe Morgan/Nic Strange (WAL)
*4 Bastian Kersuady/Gaetan Mittelheisser (FRA)

BERGU WANITA
*1 Lorraine Baumann/Teshana Vignes Waran (FRA)
*2 Kira Kattenbeck/Franziska Volkmann (GER)

BERGU CAMPURAN
*1 Jakub Bitman/Alzbeta Basova (CZE)
*2 Marin Baumann/Lorraine Baumann (FRA)
*3 Bastian Kersuady/Teshana Vignes Waran (FRA)
*4 Gergely Krausz/Laura Sarosi (HUN)



04 Mac 2014

Draw & Keputusan Kejohanan SSP Seluruh England 2014


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER SELURUH ENGLAND 2014
TARIKH: 4 - 9 MAC 2014
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN, BIRMINGHAM

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails