Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Jun 2011

Bakat muda terima sentuhan Misbun di Kangar esok

Menyedari betapa pentingnya pembangunan di peringkat akar umbi, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan programnya. Mulai esok, kem selama tiga hari itu akan 'mengaum' di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek (foto) sekali lagi dijangka mengetuai barisan jurulatih Nusa Mahsuri bagi menyempurnakan misi membimbing bakat-bakat muda di negeri utara Semenanjung Malaysia itu.

Difahamkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berusia 9 - 12 tahun dari kawasan Kangar, Arau, Kuala Perlis dan Padang Besar akan mengambil bahagian dalam kem tersebut.

27 Jun 2011

Kem Bakat Pahang tarik penyertaan 63 bakat muda


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 63 orang bakat muda berusia 9-12 tahun telah mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Pahang selama tiga hari yang berakhir di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin kelmarin.

Selain Datuk Misbun Dato' Sidek yang bertindak Ketua Jurulatih Program, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem ialah pemenang pingat Sukan Olimpik 1992 yang juga Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu Zulfari Abdullah, Nornikman Hussin dan barisan pemain termasuk Misbun Shawal Datuk Misbun, Ridzwan Rahmat dan Lok Chong Chieh.

Majlis penutup program telah dilakukan oleh Encik Muhammad Abdullah yang mewakili Pegawai Daerah Rompin. Turut hadir ialah Engku Musa Sayed Mohd, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Puan Mahanum Fauzi, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin.

Untuk melihat foto-foto menarik mengenai kem ini, sila klik disini

22 Jun 2011

KRM Sukan Air Rompin destinasi Kem Bakat Pahang



TIDAK sampai beberapa hari berada di Ipoh, barisan jurulatih dan fasilitator Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan menjelajah pula ke bandar Rompin untuk destinasi seterusnya.

Rompin yang sememangnya dikenali sebagai pusat pelancongan terkenal dengan lokasinya terletak berhampiran Lautan China Selatan akan menjadi destinasi bagi kem ini untuk peringkat Negeri Pahang mulai 24 - 26 Jun ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air, Kampung Pantai Bernas, bakat-bakat muda berusia 9 - 12 tahun akan dihimpun bagi mengikuti latihan selama tiga dibawah kendalian Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan fasilitator Institut Sukan Negara.

Kepada bakat-bakat muda Pahang yang berminat menyertai kem ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di talian 09-5164354 atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah masing-masing.

20 Jun 2011

Kem Bakat Badminton Perak: 61 peserta cilik terima pendedahan


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN
BAGI meneruskan kesenimbungan dikalangan bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengadakan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri selama tiga hari yang berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Ipoh semalam.

Kem yang membabitkan penyertaan seramai 61 peserta adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada sistem permainan yang betul disamping mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi.

" Pengelolaan kem seumpama ini bukan sahaja memberi faedah berguna kepada para peserta malah mampu melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk mewakili daerah dan seterusnya negeri Perak pada masa depan," ujar Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Sukan JBS Negeri, Encik Nor Azam Mohd Noh semasa berakhir majlis penutup program tersebut.

Majlis penutup program selama tiga hari telah disempurnakan oleh Encik Munir Aliyasak, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda JBS Perak. Turut hadir ialah Datuk Misbun Dato' Sidek yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Program dan Haji Mohd Jalani Dato' Sidek, Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Dalam ucapannya, Encik Munir merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Nusa Mahsuri terutama Datuk Misbun kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam mendalami aspek permainan sukan badminton.

" Saya sangat berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Saya juga difahamkan ramai ibu-bapa telah datang sejak dari hari pertama lagi untuk memberi dorongan kepada anak masing-masing mengikuti program kem ini." katanya.


Untuk mendapat foto-foto menarik Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri ini, sila klik disini

16 Jun 2011

Misbun Sidek di Ipoh mulai esok

SELEPAS berada di Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan bertandang ke Ipoh sebagai lokasi terbaru selama tiga hari mulai esok.

Mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi memberi bimbingan kepada para peserta kem ialah lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Muhammad Roslin Hashim, Misbun Shawal Datuk Misbun dan ramai lagi.

15 Jun 2011

Kem Bakat P.Pinang terima sambutan 62 peserta

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Batu Uban mulai 10 - 12 Jun lalu telah menerima sambutan penyertaan seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah berusia 9-12 tahun di seluruh pelusuk negeri itu.

Program selama tiga hari itu menerima sentuhan bimbingan daripada Lagenda Badminton Negara, Datuk Misbun Dato Haji Sidek sambil dibantu gandingan barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri seperti Haji Abd Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin.

Pulau Pinang merupakan destinasi ke-6 program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri selepas Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Majlis perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Jalil A. Rashid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. Turut hadir ialah Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan KBS.

06 Jun 2011

Live GP Emas Terbuka Thailand 2011


LIVE @ SIARAN LANGSUNG

KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA THAILAND SCG 2011
TARIKH: 7 - 12 JUN 2011
VENUE: KOMPLEKS SUKAN CU, PATHUMWAN, BANGKOK, THAILAND

Untuk mengikuti siaran langsung mulai tarikh seperti diatas, sila klik disini

05 Jun 2011

Draw & Keputusan GP Emas Terbuka Thailand 2011

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA THAILAND SCG 2011
TARIKH: 7 - 12 JUN 2011
VENUE: KOMPLEKS SUKAN CU, PATHUMWAN, BANGKOK, THAILAND

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan terkini kejohanan, sila klik disini

03 Jun 2011

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Thailand 2011

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA THAILAND SCG 2011
TARIKH: 7 - 12 JUN 2011
VENUE: KOMPLEKS SUKAN CU, PATHUMWAN, BANGKOK, THAILAND

BERGU CAMPURAN
*1 Sudket Prapakamol/Saralee Thoungtohngkam (THA)
*2 Songphon Anugritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (THA)
*3 Michael Fuch/Birgit Michel (JER)
*4 Lee Sheng Mu/Chien Yu Chin (TPE)
*5 Xu Chen/Ma Jin (CHN)
*6 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS)
*7 Lee Yong Dae/Ha Jung Eun (KOR)
*8 Nova Widianto/Vita Marissa (INA)

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Chen Long (CHN)
*2 Boonsak Ponsana (THA)
*3 Park Sung Hwan (KOR)
*4 Chen Jin (CHN)
*5 Marc Zwiebler (JER)
*6 Lee Hyun Ill (KOR)
*7 Hu Yun (HKG)
*8 Rajiv Ouseph (ENG)
*9 Shon Wan Ho (KOR)
*10 Wang Zhengming (CHN)
*11 Tommy Sugiarto (INA)
*12 Wong Wing Ki (HKG)
*13 Brice Leverdez (FRA)
*14 P.Kashyap (IND)
*15 Dicky Palyama (NED)
*16 Wong Choong Hann (MAS)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Saina Nehwal (IND)
*2 Jiang Yanjiao (CHN)
*3 Bae Youn Joo (KOR)
*4 Porntip Buranaprasertsuk (THA)
*5 Juliane Schenk (JER)
*6 Cheng Shao Chieh (TPE)
*7 Li Xuerui (CHN)
*8 Sung Ji Hyun (KOR)

BERGU LELAKI
*1 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
*2 Yoo Yeon Seong/Ko Sung Hyun (KOR)
*3 Lee Sheng Mu/Fang Chien Min (TPE)
*4 Yulianto Alvent/Hendra Aprida Gunawan (INA)
*5 Chai Biao/Guo Zhendong (CHN)
*6 Kwon Yi Goo/Cho Gun Woo (KOR)
*7 Ingo Kindervater/Johannes Schoettler (JER)
*8 Tony Gunawan/Howard Bach (USA)

BERGU WANITA
*1 Kunchala Voravitchitchaikul/Duanganong Aroonkesorn (THA)
*2 Yao Lei/Shinta Mulai Sari (SIN)
*3 Paulien Dooremalen/Lotte Jonathans (NED)
*4 Sandra Marinello/Birgit Michels (JER)
*5 Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN)
*6 Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR)
*7 Cheng Shu/Yixin Bao (CHN)
*8 Jwala Gutta/Ashwini Ponnappa (IND)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails