Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

28 Julai 2017

Tahniah buat KSN sebagai rakyat Malaysia pertama dilantik CEPA PBB

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg Tan Sri Dato' Dr Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara sebagai rakyat Malaysia pertama dilantik CEPA PBB.

Tulus Ikhlas Daripada: Pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

06 Julai 2017

Latihan kecergasan fokus utama Nusa Mahsuri


Latihan kecergasan kini diberi fokus utama team Nusa Mahsuri dalam usaha memastikan setiap pemainnya cukup bersedia menjelang kejohanan akan datang.

Ketua Jurulatih Perseorangan Nusa Mahsuri, Salim Samion sendiri turun padang dan menyaksikan program tersebut meliputi latihan angkat berat, jogging dan motivasi.

Pada pagi ini, para pemain kelab dikerahkan menjalani larian jogging dengan menggunakan catatan masa manakala pada semalam mereka melakukan latihan angkat berat di sebuah gym berdekatan.

02 Julai 2017

Semuanya kerana Misbun - Salim, Izuan, Daphne, Djoko


"Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" inilah amalan yang dilakukan secara berterusan oleh empat bekas pemain Nusa Mahsuri yang terdiri daripada Salim Samion, Izuan Ibrahim, Daphne Ng Chew Yen dan Djoko Sulistijo kini berjaya bergelar sebagai jurulatih yang berjaya di arena kebangsaan dan antarabangsa.

Walaupun pada peringkat awal berdepan pelbagai cabaran, namun Salim, Izuan, Daphne dan Djoko tidak kaku apabila diberi tanggungjawab yang dianggap berat ketika menjalankan tugas sebagai jurulatih sambil sentiasa berhubung dan menerima sentuhan daripada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Bagi mereka, sentuhan Misbun adalah tonik semangat dan pembuka jalan bagi memastikan apa yang diajar pada setiap anak didik mampu difahami dan melonjak kualiti permainan masing-masing ke tahap lebih baik.

SEMUA KERANA MISBUN!
Tanpa sentuhan Misbun, mereka akui karier sebagai jurulatih mungkin tidak akan mencapai tahap sekarang atau juga sudah beralih arah kepada kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan.

Salim kini merupakan Ketua Jurulatih Perseorangan Kelab Nusa Mahsuri, Izuan pula bertindak sebagai Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Negeri Kelantan, Daphne mengemudi team Orang Pekak Malaysia dan konsultan badminton manakala Djoko sebagai jurulatih di sebuah kelab badminton terkemuka yang berpengakalan di Banglore, India.

BICARA MEREKA TENTANG MISBUN SIDEK

"Misbun sememangnya cukup terkenal dan memiliki pengaruh besar dalam dunia badminton dunia. Selama 20 tahun saya bersama beliau, banyak perkara dipelajari sehingga saya mampu berada ditahap sekarang. Pada saya, beliau seorang jurulatih yang sentiasa memikirkan tentang sesorang atlet yang dibimbingnya. Dia akan mencari jalan bagaimana untuk membentuk mereka bukan sahaja sebagai juara dalam badminton tetapi dalam kehidupan dan masa depan mereka. Masih ingat kata-kata beliau, bagi aku pemain yang tidak bagus, aku akan jadikan dia champion. Hakikatnya, beliau tidak lokek dalam memberi ilmu.

Walaupun satu ketika saya pernah berada diperantauan kerana tugasan membimbing skuad negara lain, beliau  sentiasa mengambil berat dan menghubungi saya bagi mengetahui kemajuan pemain yang saya bimbing. Terima kasih tidak terhingga buat Misbun diatas kepercayaan beliau terhadap saya selama ini." - Salim Samion.

"Misbun seorang guru yang tulen. Beliau begitu ikhlas dalam memberi ilmu kepada insan yang ikhlas inginkan ilmunya. Mungkin caranya agak tegas, namun ramai tak tak tahu cara kelembutannya. Setiap dalam kasar dan lembut,  beliau menasihati adalah semata-mata ilmu yang beliau sampaikan mudah difahami dan disebatikan" - Izuan Ibrahim

" Misbun seorang jurulatih cukup berpengalaman, berdedikasi , positif, tegas dan serius.  Ilmu Misbun luar biasa dan terperinci. Misbun memang doktor dalam badminton. Latihan yang diberikan Misbun memang penat tetapi sangat berkesan. Misbun, World Class Coach! "  - Daphne Ng.

"Semasa saya kecil, ada satu soalan yang ditanya pada emak dan bapa, apakah cita-cita kamu kalau sudah besar kelak? Jawapan saya; saya ingin ketemu Misbun Sidek dan Sidek Brothers! Pada saya, Misbun adalah seorang bapa yang hebat buat saya.Beliau ikhlas dalam tunjuk ajar. Tanpa bantuan Misbun dan adiknya, Rahman, saya bukanlah apa-apa. Beliau bukan sahaja ajarkan saya pasal badminton, tetapi yang lebih penting tentang ikhlas dan hormati menghormati antara satu sama lain, begitu juga tentang disipin diri. 

Tanpa bantuan beliau, saya tidak mungkin faham ilmu badminton dalam ertikata sebenar. Jasa Misbun sangat luar biasa dalam membantu saya. Terima kasih Misbun. Moga Allah sentiasa merahmati apa sahaja dikerjakan dan beroleh kesejahteraan hidup buat Misbun," - Djoko Sulistijo.

PENGALAMAN/PENCAPAIAN SEBAGAI PEMAIN & JURULATIH
SALIM SAMION
Tarikh Lahir: 22 Jun 1981
Tempat Lahir: Ipoh, Perak

Pengalaman/Pencapaian sebagai Jurulatih
Jurulatih Klinik Badminton KBS-Nusa Mahsuri (1998-2000)
Jurulatih Remaja Kebangsaan Finland (2000-2004)
Jurulatih Remaja Kebangsaan Denmark (2004-2010)
Ketua Jurulatih Kebangsaan Norway (2010)
Penolong Ketua Jurulatih Perseorangan Kelab Nusa Mahsuri (2013-30 Jun 2017)
Ketua Jurulatih Perseorangan Kelab Nusa Mahsuri (mulai 3 Julai 2017)

Pemain yang pernah dibimbing:
Ville Lang, Kasper Lehikonen (Finland)
HK Vittinghus, Emil Holst, Rasmus Flaberg, Victor Axelsen (Denmark)
Sara Kvaerno (pemain badminton pertama Norway layak ke Sukan Olimpik London 2012)
Misbun Ramdan Misbun, Misbun Shawal Misbun, Ridzwan Rahmat, Ziyad Md Tah & Izzuddin Shamsulmuzli (Malaysia)

IZUAN IBRAHIM
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1984
Tempat Lahir: Kelantan

Pengalaman/Pencapaian sebagai Jurulatih
Jurulatih Persatuan Badminton Ehime 
Jurulatih skuad remaja Kebangsaan Jepun
Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Negeri Kelantan (sekarang)
Jurulatih Pengiring kepada Kento Momota di Kejohanan Remaja Dunia di Taipei (2011)
Membantu team Ehime, Jepun muncul semifinalis di Kejohanan Festival Sukan Kebangsaan di Kokutai Wakayama (2015)

Pemain yang pernah dibimbing:
Kento Momota, Kenta Nishimoto, Yu Igarashi, Akira Koga, Takuto Inoue, Hoki, Konayashi (kini berada dalam skuad Kebangsaan Jepun) 

DAPHNE NG
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1988
Tempat Lahir: Georgetown, Pulau Pinang

Pengalaman/Pencapaian sebagai Jurulatih
Jurulatih Klinik Badminton KBS-Nusa Mahsuri 
Jurulatih negara ke Sukan Universiti ASEAN (2016)
Jurulatih SUKIPT (2016)
Jurulatih negara ke Kejohanan Badminton Deaflympics (2017)

Pemain yang pernah dibimbing:
Daryl Foo, Sylvia (Malaysia)

DJOKO SULISTIJO
Tarikh Lahir: 22 November 1972
Tempat Lahir: Malang, Indonesia

Pengalaman/Pencapaian sebagai Jurulatih 
Jurulatih di GBSS Malaysia (2008-2009)
Jurulatih di Kelab Nusa Mahsuri, Malaysia (2010-2015)
Ketua Jurulatih Kelab Badminton Hevindo, Balikpapan, Indonesia (2015- 2016)
Jurulatih Tom Badminton Academy, Karnataka, India (2016 hingga sekarang)
Membantu team Hevindo muncul juara keseluruhan Kejuaraan Kota Balikpapan 
Membantu perseorangan perempuan Bawah 15 tahun juara 1 Kalimantan Timur
Membantu Ritu Shah (India) muncul juara Bawah 13 & 15 Tahun Daerah
Membantu Divyanshi Sharma muncul juara Bawah 17 Tahun Negeri Utharagan
Membantu Ritu Shah - semi finalis Bawah 15 Tahun Negeri Karnataka
Pemain yang dibimbing:
Rabelvirli (Balikpapan, Indonesia)
Ritu Shah, Divyanshi Sharma, Tanvi Lad, Harsit Argawal, Ajay Jayaram (India)










Misbun dan keluarga rai jamuan Hari Raya bersama Dato' Lokman Hakim sekeluarga




Datuk (Dr) Misbun Sidek yang diiringi isteri tercinta Datin Latifah Sidek dan anaknya, Lia Murni Misbun memenuhi jemputan makan malam dan jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan,  Dato' Lokman Hakim Ali dan keluarga sebentar tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails