Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

18 September 2014

Nusa Mahsuri laksana Kem Bakat Badminton di Ipoh 19-21 September ini


Team Nusa Mahsuri sekali lagi akan turun ke peringkat akar umbi apabila diberi tanggungjawab melaksanakan Program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi peringkat Negeri Perak mulai 19-21 September ini.

Kem selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Lokasinya bersebelahan Stadium Perak dan Stadium Tertutup Indera Mulia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Perak di talian 05-5489500/501

01 September 2014

Kem Bakat Badminton: Team Nusa Mahsuri ke Kedah mulai Khamis ini


TEAM Nusa Mahsuri akan berada di Kedah bagi mengendalikan program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri itu selama tiga hari bermula Khamis ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails