Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Oktober 2009

Ramdan, Iskandar lolos ke suku akhir

SEPERTI yang diramalkan Misbun Ramdan Datuk Misbun berjaya meloloskan diri ke pusingn suku akhir acara individu perseorangan lelaki Kejohanan Remaja Dunia selepas menewaskan jaguh utama Jerman, Nikolaj Persson 21-18, 28-26 pada pusingan keempat kejohanan itu sebentar tadi.

Biarpun diberi tentangan terutama pada penghujung set kedua dan kutipan mata silih berganti, namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk mengungguli perlawanan. Pada satu ketika, Ramdan dan Nikolaj silih mendahului mata bermula dari mata 16-16 sehinggalah ke mata 26.

Berkat kesabaran dan mengawal gelanggang akhirnya Ramdan berjaya menidak kemantapan Nikolaj dengan mempamerkan permainan lebih bertahan dan mengutip mata menerusi pukulan clear berbanding pemain Jerman itu yang kelihatan lebih menyerlah menjunamkan gelanggang dengan pukulan smash dan jaring.

Dengan kemenangan ini, Ramdan yang diletakkan sebagai pilihan ke 5/8 kejohanan akan menempah pertemuannya menentang juara Asia, Tian Houwei yang dijangka berlangsung awal malam ini.

Langkah cemerlang Ramdan turut diterjemahkan rakan senegara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang terpaksa mengharungi perlawanan getir sehingga set penentuan sebelum mencapai kemenangan ketika menentang Pisit Poodchalat. Iskandar menang 18-21, 21-15, 21-17 dalam masa 53 minit. Namun seorang lagi wakil negara Zulfadli terpaksa akur dengan kekalahan dua set terus kepada Tian Houwei.

Sementara itu, acara bergu campuran dan perseorangan wanita awal-awal lagi telah menceriakan kem negara apabila pasangan Ow Yao Han/Lai Pei Jing dan Tee Jing Yi lebih dahulu menempah tiket ke suku akhir.

Yao Han/Pei Jing menang ke atas gandingan India, 21-13, 21-13 manakala Jing Yi menenggelam cabaran wakil Hong Kong, Tse Ying Suet 21-9, 21-10 dalam masa 15 minit sahaja.

Sehingga berita ini ditulis, cabaran bergu sedang bermula. Dua wakil negara masing-masing turun ke gelanggang dalam acara bergu wanita dan lelaki.

KEPUTUSAN PENUH
[Melibatkan aksi pemain Malaysia sahaja]
KEJOHANAN BADMINTON REMAJA DUNIA BWF-YONEX SUNRISE 2009
TARIKH: 30 OKTOBER 2009
VENUE: STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR, KEDAH, MALAYSIA
PUSINGAN KEEMPAT

BERGU CAMPURAN
*9/16 Ow Yao Han/Lai Pai Jing mn *5/8 Pranav Chopra/Prajakta Sawant (Ind)
21-13, 21-13 [23 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Sonia Cheah Su Ya kk *1 Chen Xiaojia (Chn)
17-21, 19-21 [36 minit]
*9/16 Tee Jing Yi mn Tse Ying Suet (Hkg)
21-9, 21-10 [15 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*9/16 Zulfadli Zulkifli kk *1 Tian Houwei (Chn)
19-21, 17-21 [37 minit]
*5/8 Misbun Ramdan Misbun mn Nikolaj Persson (Ger)
21-18, 28-26 [32 minit]
*2 Iskandar Zulkarnain mn *9/16 Pisit Poodchalat (Tha)
18-21, 21-15, 21-17 [53 minit]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails