Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

25 Februari 2018

Video: Klinik Badminton Nusa Mahsuri bersama Puspanita Kebangsaan

Klinik Badminton Nusa Mahsuri bersama Puspanita Kebangsaan


Team Nusa Mahsuri diketuai Presidennya, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek telah mengadakan Klinik Badminton bersempena Pertandingan Badminton merebut Piala Yang DiPertua Puspanita pada semalam.

Selepas selesai acara itu, team Nusa Mahsuri kemudiannya beramah mesra dan melakukan 'gimik' membuat pukulan servis bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Dr Ali Hamsa dan isteri, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah yang juga Yang DiPertua Puspanita Kebangsaan.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato' Lokman Hakim Ali dan isteri, Datin Wan Razanawati Wan Zakaria yang juga Yang DiPetua Puspanita Cawangan KBS.


17 Februari 2018

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Datuk Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek


Pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran #happybirthday ke-58 buat Datuk (Dr) Misbun Dato' Hj Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek ke-55 pada hari ini.

Mudah-mudahan kedua-duanya beroleh kesihatan yang lebih baik dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

14 Februari 2018

Happy Chinese New Year to all Chinese friends


Happy Chinese New Year! May Chinese friends heart be filled with happiness, love and contentment as celebrate the new beginning. Gong Xi Fa Cai!

09 Februari 2018

Kejohanan Badminton Asia 2018: Malaysia bergaya ke separuh akhir benamkan Hong Kong


Skuad negara melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir Berpasukan Lelaki Kejohanan Badminton Asia selepas membenam cabaran Hong Kong 3-0 sebentar tadi.

Kejayaan ini membolehkan skuad negara berdepan pemenang antara India atau China esok.

KEPUTUSAN PENUH
BERPASUKAN LELAKI
KEJOHANAN BADMINTON ASIA 2018

MALAYSIA 3   HONG KONG  0

Datuk Wira Lee Chong Wei mn Ng Ka Long Angus 21-15, 22-20 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong mn Or Chin Chung/Tang Chun Man 21-11, 21-16
Lee Zii Jia mn Wong Wing Ki Vincent 21-16, 21-15

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails