Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2017 buat semua penganut agama Hindu dan masyarakat India khususnya peminat sukan badminton.
Badminton Unlimited 2016 | Episode 140
Badminton Unlimited I Misbun Sidek
Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara
17 Oktober 2017
20 September 2017
Selamat ulangtahun kelahiran ke-52 coach Rahman Sidek
Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran @ Happy Birthday ke-52 buat Ketua Jurulatih kami, coach Hj Rahman Sidek pada hari ini.
Mudah-mudahan coach sentiasa diberikan kesihatan yang lebih baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia hendaknya bersama keluarga tersayan
12 September 2017
Sembah takziah kemangkatan DYMM Sultan Negeri Kedah
SEMBAH TAKZIAH
WARGA KELAB BADMINTON NUSA MAHSURI MERAFAK SEMBAH TAKZIAH KEPADA KERABAT DIRAJA KEDAH ATAS KEMANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA PETANG 11 SEPTEMBER 2017, BERSAMAAN 20 ZULHIJAH 1438H, DI ISTANA ANAK BUKIT, KEDAH DARUL AMAN.
SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG BERIMAN.
AL- FATIHAH
08 September 2017
Kem Bakat Badminton KBS kembali lagi cungkil bakat baru tahun ini
PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS kembali lagi pada tahun ini dengan Selangor muncul negeri pertama program yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat, Banting selama tiga hari bermula hari ini.
Ia bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada sistem permainan yang betul sambil mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini hingga ke peringkat akar umbi.
JADUAL KEM BAKAT BADMINTON KBS 2017
NEGERI SELANGOR
Tarikh: 8-10 September 2017
Venue: IKBN Kuala Langat, Banting
Tel: 03- 55192326
NEGERI KEDAH
Tarikh: 14-16 September 2017
Tel: 04-7324500
NEGERI PAHANG
Tarikh: 22-24 September 2017
Tel: 09-5164354
NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 29 Sept- 1 Okt 2017
Tel: 06-7613163/7641480
NEGERI SARAWAK
Tarikh: 6-8 Oktober 2017
Tel: 082-240631/082-248321
NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 13-15 Oktober 2017
Tel: 04-6554444
NEGERI KELANTAN
Tarikh: 19-21 Oktober 2017
09-7661200
NEGERI PERAK
Tarikh: 27-29 Oktober 2017
Tel: 05-5489500/501
NEGERI MELAKA
Tarikh: 3-5 November 2017
Tel: 06-2345900/901/903
NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 November 2017
Tel: 09-6222344/09-6222333
NEGERI JOHOR
Tarikh: 17-19 November 2017
Tel: 07-2232614
NEGERI SABAH
Tarikh: 24-26 November 2017
Tel: 088-765777/088-761777
WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 28-30 November 2017
Tel: 03-20815800
WP LABUAN
Tarikh: 1-3 Disember 2017
Tel: 087-415344
NEGERI PERLIS
Tarikh: 8-10 Disember 2017
Tel: 04-9793505
Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi nombor telefon Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.
Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
07 September 2017
05 September 2017
30 Ogos 2017
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-60
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 buat seluruh rakyat Malaysia pada esok. Tulus ikhlas daripada pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
26 Ogos 2017
21 Ogos 2017
Ehime terus kesinambungan ikuti latihan di Nusa Mahsuri
Para pemain Persatuan Badminton Ehime dari Jepun berkesempatan mengunjungi Nusa Mahsuri sambil menjalani latihan intensif dibawah bimbingan jurulatih Haji Rahman Dato' Haji Sidek pada semalam.
Delegasi seramai tiga pemain perseorangan lelaki, empat perempuan dan dua jurulatih diketuai penasihatnya, Encik Sulaiman Akira Hamanaka kelihatan teruja dapat berpeluang sekali lagi mengikuti latihan bersama barisan pemain Nusa Mahsuri.
Kunjungan selama dua minggu ke Malaysia pada kali ini lebih terarah kepada sebahagian persefahaman dan jalinan kerjasama khususnya mengenai program latihan antara Persatuan Badminton Ehime dan Persatuan Badminton Malaysia dan ahli gabungannya, Persatuan Badminton Negeri Kelantan.
Langgan:
Catatan (Atom)
















