Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 Februari 2012

Usaha gilap bakat baru

LEBIH 900 bakat baru termasuk dari Sabah, Sarawak dan Labuan dijangka mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri di seluruh negara bermula 16 Mac ini.

Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek berkata, program kem tahun ini dijadual berlangsung di 15 lokasi terpilih dengan Negeri Sembilan dipilih menganjurkan program pertama pada 16 hingga 18 Mac depan.

Program yang sebelum ini dikenali Klinik Badminton KBS-Nusa Mahsuri menyaksikan penyertaan sekurang-kurangnya 60 peserta berusia antara 9 hingga 12 tahun di setiap negeri.

“Objektif kem ini bukan semata-mata bertujuan menyeimbangkan pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi tapi juga mendedahkan golongan muda dengan teknik permainan yang betul selain mengajak rakyat melakukan tranformasi badminton negara.


“Kepada bakat baru yang ingin menyertai kem ini, mereka diminta menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran bagi memperoleh maklumat dan mendaftarkan diri,” kata Misbun yang bertindak sebagai ketua jurulatih program sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Program itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara. - Terima kasih & kredit kepada Harian Metro yang menyiarkan artikel ini pada keluaran 26 Februari 2012 lalu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails