Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

02 Februari 2012

Kem Bakat Badminton: KBS-Nusa Mahsuri jelajah lagi cungkil bakat baru tahun ini

SETELAH berjaya mendekatkan kaedah latihan sistematik di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan kembali memulakan penjelajahan sesi mencungkil bakat-bakat baru menerusi Program Kem Bakat Badminton di seluruh negara tidak lama lagi.

Bagi meneruskan usaha dan kandungan program yang berkualiti, beberapa perubahan akan diperkenalkan pada tahun 2012 bagi memastikan program terus segar dan mampu memberi impak besar selari dengan kekuatan badminton sebagai sukan disegani dikalangan rakyat jelata.

Antara penambahbaikan program pada kali ini ialah pihak KBS secara dasarnya bersetuju untuk mengadakan Program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton diadakan yang bermatlamat memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan.

Program ini juga antara lain diharap dapat menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi terutama di kampung, mukim dan daerah yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton yang betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung Program Kem Bakat Badminton dan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton 2012, sila hubungi Penyelaras Program, Puan Fazulia Zulkifli di talian 03-88713243.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails