Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

14 November 2009

Kem Bakat Badminton kini berada di Ipoh

Para peserta Kem Bakat begitu gigih menjalani latihan senaman ringan sejak dari jam 6.30 pagi.

SELEPAS Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Puchong, kini Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini berada di Ipoh bagi peringkat zon Perak dan Pulau Pinang.

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perak, kem yang mula dijalankan sejak semalam dan akan berakhir lewat tengahari esok dikendalikan barisan jurulatih Nusa Mahsuri diketuai Haji Abd Rahman Dato' Sidek sambil dibantu bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal, Misbun Ramdan, Shahrizal Latip, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat dan Daphne Ng.

Seramai 62 orang peserta mengambil bahagian pada kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Perak dengan kerjasama Kelab Nusa Mahsuri.

Kelibat Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek tidak kelihatan pada kem kali ini berikutan tanggungjawab beliau sebagai jurulatih negara yang mengiringi Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ke Kejohanan Super Series Terbuka Hong Kong yang sedang berlangsung sekarang dan Terbuka China pada minggu berikutnya.

Berikut foto-foto menarik diambil pada sesi pagi hari kedua untuk paparan umum.

Rahman Sidek memberi tips berguna kepada para peserta Kem Bakat.

Misbun Ramdan turut tidak ketinggalan turun ke gelanggang memberi tunjukajar kepada para peserta.

Pegawai urusetia Kem Bakat KBS/Nusa Mahsuri, Encik Shamsul Anuar sedang berbincang sesuatu dengan Roslin ketika berehat seketika.

Para peserta khusyuk mendengar arahan diberikan jurulatih Norazman semasa sesi shuttle drills.

Kelihatan para peserta terdiam sejenak sambil mengumpul seluruh tenaga untuk 'melepaskan geram' dihadapan Roslin (kiri) dan Zulfari (kanan) selepas penat menjalani latihan sesi pagi.

Roslin buat pertama kali diberi ruang mengendalikan latihan kem bakat secara terbuka sambil diperhati Rahman (dibelakangnya).

Walaupun penat menjalani latihan dari pagi hingga petang, para peserta Kem Bakat KBS/Nusa Mahsuri tidak pernah berputus asa.

Para peserta Kem Bakat sedang mendengar taklimat terakhir disampaikan Roslin sebelum berakhir sesi latihan gelanggang pada hari kedua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails