PADA pagi ini, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat zon 3 yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah telah berlangsung di Dewan Badminton Aulia Diman, bersebelahan Institut Latihan Perindustrian Kangar.
Ia dihadiri seramai 56 peserta yang terdiri daripada para pelajar berusia 14 tahun kebawah.
Program yang bermula dari jam 6.30 pagi itu dikendalikan buat pertama kali oleh bekas pemain kebangsaan, Haji Muhammad Roslin Hashim yang kini baru sahaja melebarkan skop karier baru sebagai jurulatih sambil dibantu barisan jurulatih dan para pemain kelab. Bagaimanapun, kem selama tiga hari ini dipantau oleh Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato' Sidek dan jawatankuasa urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis diketuai Encik Hafiz.
Berikut foto-foto menarik disiarkan untuk paparan umum.
Ridzwan, pemain NMBC mengetuai peserta dalam acara warming.
Para peserta khusyuk dengan latihan dikendalikan Rahman Sidek.
Salah seorang peserta membalas pukulan hasil hantaran servis Rahman.
Zulfari sedang menerangkan sesuatu dengan penuh terperinci kepada dua peserta Kem Bakat.
Sebahagian para peserta yang mengambil bahagian dalam program Kem Bakat.
Roslin sedang memberi mesej kepada para peserta sebelum sesi pagi berakhir.