Satu majlis penyerahan jersi kepada pasukan badminton Majlis Sukan Daerah Kuala Langat telah berlangsung malam tadi.
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek yang juga anak jati Kuala Langat kepada Pengurus Pasukan daerah itu, Norkamal Ahmad.
Pasukan Kuala Langat akan menyertai Kejohanan Badminton Sukan Selangor (SUKSES) 2017 di Avengers Sport Arena, Pandan Perdana mulai 3 - 6 Ogos 2017.