Lagenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek menerima kunjungan hormat Presiden of Yonex Co., Ltd, Ben Yoneyama dan isteri semasa sesi penggambaran slot khas Program "The Miracle lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children" yang dikendalikan NHK BS1 baru-baru ini.
Dr Misbun berada selama 10 hari di negara Matahari Terbit sebagai memenuhi jemputan stesen TV nombor satu Jepun itu dan slot program dijangka disiarkan pada pertengahan Mac depan.