PIHAK Pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-56 kepada seluruh peminat badminton dan masyarakat Malaysia.
Moga kehadiran detik bersejarah ini akan memberi keinsafan pada diri kita dan sudah pasti bersyukur dengan keamanan yang dinikmati selama ini. Bertepatan dengan slogan "Malaysiaku Berdaulat" marilah kita sama-sama mempertahankan kemerdekaan yang dicapai demi kesinambungan generasi akan datang.