
PEMAIN utama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang juga pemain remaja Kebangsaan, Misbun Ramdan Datuk Misbun melakukan kejutan terbesar pada pusingan Kedua Grand Prix Emas Terbuka Indonesia 2010 selepas menumbangkan jaguh tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro 21-13, 10-21, 21-16 dalam masa 42 minit sebentar tadi.
Ekoran kejayaan, beliau dijangka bertemu rakan senegara, Liew Daren pada pusingan seterusnya.