Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 Mac 2009

Misbun Ramdan tepati ramalan muncul juara Bawah 18

PEMAIN remaja Nusa Mahsuri BC, Misbun Ramdan Datuk Misbun menepati ramalan awal apabila berjaya muncul juara perseorangan lelaki Bawah Umur 18 tahun Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A yang berlangsung di Dewan Badminton Persatuan Badminton Kedah, Alor Setar hari ini.

Anak kepada jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan pilihan pertama kejohanan, Misbun Ramdan yang hadir mewakili negeri Selangor tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengungguli sirkit di zon utara itu dengan mengenepikan cabaran jaguh tuan rumah, Tan Fang Wei 21-17, 21-14 dalam masa 30 minit.

Selain Misbun Ramdan, pemain Nusa Mahsuri BC yang turut memberi cabaran selama 5 hari itu ialah Norazman Ramli dan Siti Nabihah Rahman yang bertanding dalam kategori Bawah 14 tahun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails