Badminton Unlimited 2016 | Episode 140
Badminton Unlimited I Misbun Sidek
Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara
22 Jun 2013
10 Jun 2013
Ucapan tahniah buat Datuk Jamil Salleh dilantik KSU baru KBS
PIHAK pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Yang Berbahagia Datuk Jamil Salleh yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha baru KBS berkuatkuasa pada Rabu bersamaan 12 Jun 2013.
Dengan pelantikan ini, pihak kami percaya Datuk Jamil berupaya melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh integriti dan memperkasakan pembangunan sukan dan belia negara.
06 Jun 2013
Misbun Sidek dinobat Tokoh Sukan Negeri Selangor
DATUK Haji Misbun Dato' Haji Sidek telah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam sebentar tadi.
25 Mei 2013
Pengalaman sekat peluang Ramdan ke pentas final
PENGALAMAN nyata menjadi jurang pemisah buat Misbun Ramdan Misbun yang terpaksa menerima hakikat untuk tewas kepada Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark 11-21, 18-21 dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol yang baru sahaja selesai.
Pemain senior Denmark yang menduduki ranking No.16 Dunia itu mengambil masa selama 29 minit untuk menyekat peluang Ramdan ke pentas final.
Buat seluruh rakyat Malaysia, sekalung penghargaan tidak terhingga diatas sokongan padu dan doa buat Misbun Ramdan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Antarabangsa Sepanyol: Misbun Ramdan bergaya ke separuh akhir
![]() |
| CEMERLANG...tumbangkan Tan Yuhan untuk berdepan Vittinghus dari Denmark di separuh khir. |
SEPERTI diramal, Misbun Ramdan Misbun berjaya melangkah dengan bergaya ke separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol selepas menundukkan Tan Yuhan dari Belgium 21-13, 18-21, 21-19 dalam masa 45 minit pada saingan suku akhir sebentar tadi.
Pada pusingan seterusnya, Misbun Ramdan yang juga pilihan ke-3 kejohanan akan berdepan saingan lebih berliku apabila Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark bakal menantinya sebelum boleh memasang niat untuk meloloskan diri ke pentas final.
Misbun Ramdan benam Rasmus Fladberg untuk ke suku akhir Antarabangsa Sepanyol
MISBUN Ramdan Misbun membenam cabaran Rasmus Fladberg dari Denmark 21-10, 21-14 dalam masa 27 minit untuk layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol yang baru sahaja berakhir.
Menanti Misbun Ramdan di suku akhir nanti ialah jaguh Belgium, Tan Yuhan.
24 Mei 2013
8 pasukan bersaing rebut Piala Foo Kok Keong
KIRA-KIRA lapan buah pasukan dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Jemputan Piala Foo Kok Keong bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM35,800.
Kejohanan bersempena nama bekas jaguh badminton negara itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama selama tiga hari bemula hari ini di Kelab Shah Alam
Pada satu sidang media, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menegaskan, penganjuran kejohanan itu adalah sebagai menghargai jasa bekas anak jati Selangor yang telah mengharumkan nama negeri dan negara menerusi arena badminton.
"Semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa telah dibuktikan oleh Kok keong dan rakan-rakan sehingga mampu menjulang Piala Thomas pada tahun 1992. Justeru, MBSA menjemput orangramai dan para peminat badminton untuk datang menyaksi kehebatan kejohanan ini,"ujarnya.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijangka akan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ahad ini.
22 Mei 2013
Draw & Keputusan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Sepanyol 2013
DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNICIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"
Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNICIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"
Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini
Pemain Pilihan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Sepanyol 2013
PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNUCIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"
PERSEORANGAN LELAKI
1. Hans-Kristian Vittinghus (DEN)
2. Ville Lang (FIN)
3. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
4. Pablo Abian (ESP)
5. Joachim Persson (DEN)
6. Emil Hlost (DEN)
7. Matthieu LoYing Ping (FRA)
8. Chetan Anand (IND)
PERSEORANGAN WANITA
1. Carolina Marin (ESP)
2. Sashina Vignes Waran (FRA)
3. Kristina Gavnholt (CZE)
4. Beatriz Corrales (ESP)
5. Linda Zetchiri (BUL)
6. Salakjit Ponsana (THA)
7. Simone Prutsch (AUT)
8. Maja Tvrdy (SLO)
BERGU LELAKI
1. Chris Langridge/Peter Mills (ENG)
2. Adam Cwalina/Przemyslaw Wacha (POL)
3. Christoper Coles/Matthew Nottingham (ENG)
4. Gary Fox/Ben Stawski (ENG)
BERGU WANITA
1. Heather Olver/Kate Robertshaw (ENG)
2. Steffi Annys/Severine Corvilian (BEL)
3. Lorraine Baumann/Lea Palermo (FRA)
4. Lena Grebak/Maria Helsbol (DEN)
BERGU CAMPURAN
1. Chris Langridge/Heather Olver (ENG)
2. Jorrit De Rutter/Samantha Barning (NED)
3. Ronan Labar/Laura Choinet (FRA)
4. Anders Skaarup Rasmussen/Lena Grebak (DEN)
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNUCIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"
PERSEORANGAN LELAKI
1. Hans-Kristian Vittinghus (DEN)
2. Ville Lang (FIN)
3. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
4. Pablo Abian (ESP)
5. Joachim Persson (DEN)
6. Emil Hlost (DEN)
7. Matthieu LoYing Ping (FRA)
8. Chetan Anand (IND)
PERSEORANGAN WANITA
1. Carolina Marin (ESP)
2. Sashina Vignes Waran (FRA)
3. Kristina Gavnholt (CZE)
4. Beatriz Corrales (ESP)
5. Linda Zetchiri (BUL)
6. Salakjit Ponsana (THA)
7. Simone Prutsch (AUT)
8. Maja Tvrdy (SLO)
BERGU LELAKI
1. Chris Langridge/Peter Mills (ENG)
2. Adam Cwalina/Przemyslaw Wacha (POL)
3. Christoper Coles/Matthew Nottingham (ENG)
4. Gary Fox/Ben Stawski (ENG)
BERGU WANITA
1. Heather Olver/Kate Robertshaw (ENG)
2. Steffi Annys/Severine Corvilian (BEL)
3. Lorraine Baumann/Lea Palermo (FRA)
4. Lena Grebak/Maria Helsbol (DEN)
BERGU CAMPURAN
1. Chris Langridge/Heather Olver (ENG)
2. Jorrit De Rutter/Samantha Barning (NED)
3. Ronan Labar/Laura Choinet (FRA)
4. Anders Skaarup Rasmussen/Lena Grebak (DEN)
Langgan:
Catatan (Atom)







