Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

06 Mei 2017

Selamat Ulangtahun Perkahwinan pertama buat Misbun Shawal & Nor Hidayah


Misbun Shawal Misbun dan isteri, Nor Hidayah Mohamed meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka hari ini.

Mudah-mudahan ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke Jannah.

29 April 2017

Datuk Misbun Sidek serikan Kejohanan Badminton KBS-MBM


Datuk Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek menghadiri dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Badminton Persahabatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - Majlis Belia Malaysia (MBM) yang verlangsung di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan petang tadi. 

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KBS, Dato' Lokman Hakim Ali, Setiausaha Agung MBM, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Azura Hj Sarbin. 

Kejohanan selama sehari suntuk disertai 10 pasukan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri, Sekretariat Sukan Sea dan Majlis Belia Malaysia sendiri selaku host. 

Team ISN dinobatkan sebagai juara acara berpasukan selepas mengenepikan cabaran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan 3-1 pada pentas final. Manakala acara individu perseorangan dimenangi wakil MSN selepas menundukkan wakil Sekretariat Sukan Sea.

28 April 2017

Nasi Lemak serikan majlis ulangtahun kelahiran Misbun Shawal


Birthday boy, Misbun Shawal Misbun malam ini dirai ahli keluarga dan pemain kelab dalam satu majlis yang cukup meriah dan riuh rendah.

Paling menarik ialah nasi lemak dan pulut durian menjadi hidangan utama pada majlis ini sambil diserikan dengan kehadiran ayahanda dan bonda Shawal, Datuk Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails