Badminton Unlimited 2016 | Episode 140
Badminton Unlimited I Misbun Sidek
Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara
28 Mac 2017
KCBC International 2017: Medan uji keampuhan
Penyertaan pemain-pemain Nusa Mahsuri di KCBC International baru-baru ini sebelum mengambil bahagian ke kejohanan peringkat antarabangsa.
Ini merupakan medan mengutip sebanyak mungkin pengalaman beraksi serta mengenal pasti keampuhan dan kelemahan permainan dalam usaha mengotakan impian bergelar pemain bertaraf dunia. Teruskan perjuanganmu wahai Mohd Ziyad Md Tah, Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli.
Meskipun muncul sebagai pemenang tempat ketiga kategori terbuka, Ziyad dan rakan sepasukan masih memiliki kelemahan cukup ketara yang perlu diperbaiki menjelang kejohanan akan datang apatah lagi berdepan lawan-lawan mereka yang lebih berpengalaman.
26 Mac 2017
Kemeriahan majlis ulangtahun kelahiran Izran, anak Rashid Sidek
Izran, anak ketiga pasangan lagenda badminton negara, Hj Abdul Rashid Dato' Hj Sidek dan Azehan Abdul malam ini dirai lebih awal oleh ahli keluarga dan saudara terdekat sempena ulangtahun kelahiran @ happy birthday pada esok.
Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Lokman Hakim Ali, bapa saudaranya, Datuk Misbun Sidek, Dato' Seri Hj Mohd Jalani Dato' Hj Sidek dan Hj Rahman Dato' Hj Sidek serta ibu saudara, Datin Latifah Sidek serta pemain-pemain Nusa Mahsuri.
24 Mac 2017
20 Mac 2017
19 Mac 2017
Badminton Sukan SEA ke-29: 7 pingat jadi taruhan
Acara badminton temasya Sukan SEA ke-29 @kualalumpur2017 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 23 - 30 Ogos 2017 yang menawarkan keseluruhan tujuh pingat.
#badminton
#seagames
#axiataarena
17 Mac 2017
Team Kobe tamat latihan dengan cemerlang di Nusa Mahsuri
Team Kobe yang terdiri daripada tiga pemain dan seorang jurulatih berjaya menamatkan latihan intensif jangka pendek dengan cemerlang yang berakhir semalam.
Sepanjang berada di sini, team Kobe didedahkan dengan pelbagai latihan khususnya dalam persiapan menghadapi sesuatu kejohanan yang dikendalikan Datuk (Dr) Misbun Sidek sambil dibantu coach Salim Samion.
Keluarga rai sambutan Ulangtahun Kelahiran Misbun Ramdan & Lia Murni
Majlis Ulangtahun Kelahiran ke-26 Misbun Ramdan Misbun dan Lia Murni Misbun disambut meriah dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Datuk Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek malam tadi.
Langgan:
Catatan (Atom)

























