Badminton Unlimited 2016 | Episode 140
Badminton Unlimited I Misbun Sidek
Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara
01 Januari 2016
25 Disember 2015
27 November 2015
Selamat Ulang Tahun Kelahiran @ Happy Birthday ke 25 buat Ridzwan Rahmat
Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran @ Happy Birthday ke-25 buat pemain kami Ridzwan Bin Rahmat. Semoga kehadiran detik bermakna ini akan memberi kesihatan terbaik sambil mencerna lebih banyak kejayaan dalam karier.
10 November 2015
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-52 buat Dato' Seri Jalani Dato' Sidek
Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran @ Happy Birthday yang ke-52 buat Presiden kami, Dato' Seri Hj Mohd Jalani Dato' Hj Sidek pada hari ini. Mudah-mudahan Dato' Seri sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bertawakkal dan berbahagia bersama keluarga tercinta, insyaallah.
18 Oktober 2015
Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal raih gelaran Antarabangsa Mesir 2015
Pasangan Ridzwan Rahmat dan
Misbun Shawal Misbun mempamerkan aksi mantap apabila berjaya meraih gelaran dengan
menjuarai acara bergu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Mesir selepas
menewaskan Bahaedeen Ahmad Al Shannik/Mohd Naser Mansour Nayef pada pentas
akhir.
Pasangan yang bernaung dibawah
Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu bermula garang dengan memenangi set pertama
21-15. Pada set kedua gandingan Jordan kembali menunjukkan aksi lebih agresif
menerusi turutan mata yang hampir sama hingga mencatat kejayaan 21-17 dan sekaligus mengheret ke
permainan ke set penentuan.
Ridzwan/Misbun Shawal
bagaimanapun bangkit untuk menguasai set ketiga dengan 21-16 bagi membolehkan
mereka membawa pulang gelaran pertama di peringkat antarabangsa sejak mula
digandingkan bersama.
Terdahulu pada peringkat separuh
akhir, Ridzwan/Misbun Shawal telah melakukan kejutan terbesar selepas
menundukkan pilihan pertama kejohanan, Ali Ahmed El Khateeb/Abdelrahman Kashkal
dari Mesir.
“Sudah pasti sebagai rakyat
Malaysia, saya cukup bangga dapat meraih gelaran pertama antarabangsa sejak
bergelar pemain professional dan saya berharap
mampu meneruskan kejayaan yang sama pada kejohanan-kejohanan yang
berikutnya selepas ini,” kata Ridzwan.
Sementara itu, hasrat Ridzwan
untuk mencatatkan kejayaan berganda pada kejohanan ini tidak kesampaian apabila
sekadar berpuas hati melangkah ke separuh akhir acara perseorangan lelaki
sebelum tunduk kepada pilihan pertama kejohanan, Edwin Ekiring dari Uganda.
Selain Ridzwan dan Misbun Shawal,
turut mengambil bahagian pada kejohanan ini ialah Muhammad Ziyad Md Tah sambil
diiringi jurulatih Salim Samion.
13 Oktober 2015
11 Oktober 2015
Dato' Jalani Sidek dinobat tokoh ASUS Kuala Lumpur 2015
Bekas pakar beregu utama negara, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek telah dinobatkan sebagai tokoh Asus pada majlis Anugerah Sukan Untuk Semua 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam tadi.
Pemilihan Dato' Seri Jalani dibuat berdasarkan sumbangan besar terhadap masyarakat, penglibatan aktif dalam pembangunan sukan badminton negara dan pencapaian cemerlang sepanjang bergelar seorang pemain badminton yang berjaya.
Dato' Seri Jalani merupakan atlet pertama Malaysia memperolehi pingat di temasya Sukan Olimpik selain muncul juara termuda Kejohanan Seluruh England pada 1982 dan memenangi Piala Thomas pada 1992.
Pemilihan Dato' Seri Jalani dibuat berdasarkan sumbangan besar terhadap masyarakat, penglibatan aktif dalam pembangunan sukan badminton negara dan pencapaian cemerlang sepanjang bergelar seorang pemain badminton yang berjaya.
Dato' Seri Jalani merupakan atlet pertama Malaysia memperolehi pingat di temasya Sukan Olimpik selain muncul juara termuda Kejohanan Seluruh England pada 1982 dan memenangi Piala Thomas pada 1992.
Langgan:
Catatan (Atom)
















