Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

28 Januari 2015

Pemain Pembangunan Remaja MBPJ-Nusa Mahsuri raih kejayaan cemerlang


MENERUSI Program Pembangunan Badminton Remaja usahasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Nusa Mahsuri, pelbagai kejayaan dan pencapaian cemerlang berjaya diraihnya hasil penyertaan barisan pemain program ini baru-baru ini.

Setinggi-tinggi tahniah buat buat pegawai penyelaras MBPJ dan barisan jurulatih program diketuai Haji Rahman Sidek.

Keputusan penuh kejohanan yang disertai pemain adalah seperti berikut:

Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli
Pusingan Pertama Sirkit Remaja Kebangsaan di Kedah
Perseorangan Lelaki - Juara (21-18, 21-13)
Bergu Lelaki - Naib Juara (16-21, 19-21)

Radin Mohd Asyraf
Bawah 18 Tahun MSSD Gombak
Perseorangan Lelaki - Juara (21-16, 19-21, 21-14)
Bergu Lelaki -  Semi Finalis (21-12, 19-21, 21-12)

Radin Mohd Arifuddin
Bawah 12 Tahun MSSD Gombak
Perseorangan Lelaki - Naib Juara (15-21, 15-21)

Mohd Iskandar Shah Zakaria
Bawah 12 Tahun MSSD Petaling Perdana
Perseorangan Lelaki - Juara (21-12, 21-15)

Muhammad Asyraf Mohd Azmi
Bawah 12 Tahun MSSD Petaling Utama
Bergu Lelaki -  Juara (21-8, 21-7)
Perseorangan Lelaki - Tempat ke-3 (17-21, 14-21)

24 Januari 2015

Santai makan malam di Restoran Asam Pedas FC Corner


Lepak santai dan makan malam team Nusa Mahsuri di Restoran Asam Pedas FC Corner, Taman Melawati KL malam ini.

21 Januari 2015

Seri Yamanaka bintang muda teruja berlatih di Malaysia


BINTANG muda Jepun, Seri Yamanaka yang baru-baru ini berada dalam senarai lapan pemain terbaik pada kejohanan sekolah-sekolah tinggi seluruh Jepun teruja menjalani latihan intensif skil badminton di Malaysia sejak kelmarin.

Hadir mengiringi beliau ialah Penasihat utama Persatuan Badminton Ehime, Abu Mahdy Sulaiman Hamanaka dan seorang wartawan media dari negara matahari terbit itu.

20 Januari 2015

Perlawanan persahabatan Nusa Mahsuri dan Kesumat disambut meriah


Foto: Lia Murni Misbun
Perlawanan persahabatan antara Nusa Mahsuri dan Kelab Sukan Komuniti Lembah Keramat (Kesumat) telah berlangsung melibatkan 16 gandingan setiap pasukan disambut meriah malam tadi.
Perlawanan yang mencuri tumpuan ialah antara pasangan Datuk Dr Misbun Datuk Haji Sidek dan Kamarul Azlan menentang YB Saari Sungib, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang dan pasangannya. Turut hadir ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Haji Rahman Dato' Sidek.

08 Januari 2015

Pemain Hyogo selesai harungi perguruan di Malaysia



Program latihan intensif badminton team Hyogo dari Jepun yang diadakan selama empat hari baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Barisan pemain Hyogo yang hadir kali ini terdiri daripada: Kaneda Taiki, Hotta Kazuki, Takemoto Hayato, Touchi Yusuke dan Rikuto Tomokene sambil diiringi Ketuanya, Tomokene Yukio dan jurulatih, Hosokawa Yasuhiro.


06 Januari 2015

Hyogo ikut jejak langkah Tokai dan Ehime berguru di Malaysia


Seramai lima pemain badminton negeri Hyogo mengikut jejak langkah team Wilayah Tokai dan Ehime apabila 'berguru' di Malaysia.

Mereka yang diiringi seorang ketua dan seorang jurulatih telah memulakan latihan intensif bersama Datuk Dr Misbun Sidek dan jurulatih Nusa Mahsuri sejak semalam lagi.

30 Disember 2014

Team Ehime tamat perguruan di Malaysia

SKUAD Badminton Wilayah Ehime, Japan yang terdiri daripada seorang ketua, dua jurulatih dan tiga belas pemain berjaya menamatkan program intensif badminton selama empat hari di Malaysia yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Program pada hari terakhir yang diselangselikan dengan sesi soal jawab dan match play antara jurulatih dan pemain-pemain Ehime antara aktiviti yang cukup memcuri tumpuan lebih-lebih lagi dengan penglibatan secara langsung Datuk Dr. Misbun Dato" Hj Sidek.


27 Disember 2014

Selepas Wilayah Tokai, kini tiba 13 pemain Ehime 'berguru' di Malaysia



SELEPAS Wilayah Tokai, Jepun kini tiba pula masanya jiran terdekat mereka, Wilayah Ehime hadir menjalani latihan intensif selama empat hari di Malaysia bermula hari ini.

Delegasi seramai 16 orang termasuk seorang ketua dan dua jurulatih akan menjalani latihan pertengahan dan lanjutan ini dikendalikan sendiri oleh lagenda badminton negara, Datuk Dr Hj Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

23 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai tamat latihan intensif di Malaysia



SERAMAI 10 orang pemain Persatuan Badminton Wilayah Tokai, Jepun berjaya menamatkan program latihan intensif selama empat hari yang berakhir sebentar tadi.

Sepanjang berada di Malaysia, kesemua pemain  termasuk Yamakawa Ren, Yoneyama Riku dan Sekiya Yume yang masing-masing telah mewakili wilayah itu ke Kejohanan Badminton High School Seluruh Jepun 2014 nyata begitu teruja dan tekun mengikuti setiap sesi latihan yang dikendalikan oleh Datuk Dr Haji Misbun Dato' Haji Sidek sambil dibantu jurulatih, Salim Samion dan barisan pemain utama Nusa Mahsuri.

Delegasi Tokai kali ini diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Badminton Negeri Mie, Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr Yamamoto Yasuo dan tiga jurulatih negeri dari Aichi, Shizuoka dan Gifu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails