Badminton Unlimited 2016 | Episode 140
Badminton Unlimited I Misbun Sidek
Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara
09 Disember 2014
Draw & Keputusan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014
DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS
Untuk mengetahuai draw perlawanan dan keputusan kejohanan ini, sila klik disini
Pemain Pilihan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Sabah 2014
PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON
SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA SABAH 2014
TARIKH: 10-14 DISEMBER 2014
VENUE: KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU, LIKAS
DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
*1 Chong Wei Feng
*2 Mohd Arif bdul Latif
*3 Liew Daren
*4 Tan Chun Seang
*5 Misbun Ramdan Misbun
*6 Goh Soon Huat
*7 Iskandar Zulkarnain Zainuddin
*8 Chiang Jiann Shiaring
PERSEORANGAN WANITA
*1 Tee Jing Yi
*2 Yang Li Lian
BERGU LELAKI
*1 Lim Khim Wah/Ow Yao Han
*2 Goh Wei Shem/Tan Wee Kiong
*3 Hoon Thien How/Tan Boon Heong
*4 Chooi Kah Ming/Teo Kok Siang
BERGU WANITA
*1 Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho
*2 Joyce Choong Wai Chi/Yap Cheng Wen
BERGU CAMPURAN
*1 Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan
*2 Tan Aik Quan/Lai Pei Jing
*3 Mohd Lutfi Zaim Khalid/Soong Fie Cho
*4 Tan Chee Tean/Shevon Lai Jemie
10 November 2014
Selamat Hari Lahir ke-51 buat Dato' Seri Mohd Jalani Sidek
Gendang berkocak dipalu,
Beralun irama lagu,
Selamat hari lahir kami ucapkan padamu,
Moga berbahagia bersama famili selalu.
Intipati ucapan ditujukan khas buat Presiden kami, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek yang menyambut hari kelahiran kali ke-51 hari ini bersamaan 10 November.
15 Oktober 2014
Selamat Pengantin Baru buat Rizal Khalib & Asmawati Omar
Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ahmad Rizal Al-Khalib dengan permata hati, Asmawati Omar. Semoga pertemuan dua hati dan mahligai kasih yang bertakhta di singgahsana bakal berkekalan hingga abadi.
13 Oktober 2014
Misbun Sidek cipta sejarah terima PhD
DATUK Haji Misbun Dato' Haji Sidek mencipta sejarah apabila muncul bekas pemain dan jurulatih sukan pertama Malaysia menerima pengiktirafan tertinggi daripada pusat pengajian tinggi tempatan.
Beliau yang pernah membimbing tiga pemain nombor satu dunia iaitu Haji Rashid Dato' Sidek, Haji Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei pada kelmarin telah diperkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah @PhD (Pembangunan Insan) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor merangkap Pro Canselor UTHM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Pemilihan Misbun oleh barisan ahli Senat universiti berkenaan dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besarnya bergelumang selama 35 tahun kepada pembangunan sukan negara.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah penerimaan ijazah kehormat itu oleh Misbun ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang juga Pro Canselor UTHM, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato' Haji Ismail Karim, Naib Canselor UTHM, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,isteri Misbun, Datin Latifah Sidek, ahli keluarga Misbun serta pengurusan tertinggi UTHM.
18 September 2014
Nusa Mahsuri laksana Kem Bakat Badminton di Ipoh 19-21 September ini
Team Nusa Mahsuri sekali lagi akan turun ke peringkat akar umbi apabila diberi tanggungjawab melaksanakan Program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi peringkat Negeri Perak mulai 19-21 September ini.
Kem selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Lokasinya bersebelahan Stadium Perak dan Stadium Tertutup Indera Mulia.
Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Perak di talian 05-5489500/501
01 September 2014
Kem Bakat Badminton: Team Nusa Mahsuri ke Kedah mulai Khamis ini
TEAM Nusa Mahsuri akan berada di Kedah bagi mengendalikan program latihan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri itu selama tiga hari bermula Khamis ini.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.
26 Ogos 2014
Sehari bersama Datuk Misbun Dato' Sidek di UTHM 29 Ogos ini
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) akan menganjurkan Satu Program bersama Legenda Badminton Negara adalah sepertimana berikut :
Tarikh : 29 Ogos 2014 (Jumaat)
Waktu : 9.00 pg – 5.00 ptg
Lokasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Aktiviti Program
8.30 – 9.00 pg – Sarapan.
9.00 – 10.00 pg – Ceramah/Motivasi/Pengenalan Kepada Dunia Badminton.
10.00 – 12.00 tgh – Sesi I – Klinik Badminton I.
12.00 – 12.45 tgh – Makan Tengahari.
12.45 ¬– 2.00 ptg – Rehat.
2.00 – 4.00 ptg – Sesi II – Klinik Badminton II.
4.00 – 5.00 ptg – Sesi III – Soal Jawab.
5.00 – 5.30 ptg – Minum Petang dan Sesi Bergambar.
Untuk Penyertaan/Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
En. Md. Mahdzer b Rahmat – 019 7002 888
Cik Dalila Mohd Harun – 017 743 4941
31 Julai 2014
KETIKA terarah kepada kerancakan temasya Sukan Komanwel, skuad badminton mahasiswa negara mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang keseluruhan satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Badminton Dunia yang berakhir Cordoba, Sepanyol kelmarin.
Pingat emas sulung negara berjaya diraih menerusi gandingan bergu lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Mohamad Arif Abdul Latif yang mengenepikan cabaran bergu China, Guo Junjie/Zhang Zhijun.
Kejayaan Iskandar Zulkarnain itu sekaligus berjaya menebus kehampaannya selepas tewas tipis kepada Gao Huan pada pentas final perseorangan lelaki.
KEPUTUSAN PENUH
Bergu Wanita
*2 Ou Tang/Dong Yuanting (CHN) mn Mirai Shinoda/Natsumi Uratani (JPN) 21-13, 21-8 (28 min)
Perseorangan Lelaki
*2 Gao Huan (CHN) mn Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) 21-15, 15-21, 22-20 (86 minit)
Bergu Campuran
Perseorangan Wanita
Bergu Lelaki
Iskandar Zulkarnain/Arid Abdul Latif (MAS) mn Guo Junjie/Zhang Zhijun (CHN) 21-16, 21-19 (30 min)
Langgan:
Catatan (Atom)







.jpg)