Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

12 Mei 2013

Juarai Antarabangsa Slovenia: MISBUN RAMDAN PAMER AKSI MENAKJUBKAN


MENAKJUBKAN....!!! itulah rentak permainan terbaik dipamerkan Misbun Ramdan Misbun semasa membenam cabaran Lucas Corvee dari Perancis dalam pertandingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia yang baru sahaja berakhir.

Pada perlawanan itu, Misbun Ramdan menang bergaya 21-12, 21-14 dalam masa 25 minit.

Ini merupakan kejuaraan kedua diperolehi Misbun Ramdan selepas Siri Antarabangsa Portugal April lalu.

Misbun Ramdan buru kejuaraan kedua petang ini


PERTANDINGAN akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Slovenia yang menyaksikan pertembungan bintang utama Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun menentang pilihan ke-7 kejohanan, Lucas Corvee dari Perancis dijadual berlangsung di Sport Hall Medvode mulai 4 petang ini waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan akhir kedua Misbun Ramdan pada tahun ini selepas Siri Antarabangsa Portugal. Pada kejohanan tersebut, beliau muncul juara selepas mengenepikan jaguh Sepanyol, Pablo Abian 21-8, 21-9.

Untuk mengikuti siaran langsung pertandingan akhir ini, sila layari web livestream

11 Mei 2013

Misbun Ramdan mudah ke pentas final Antarabangsa Slovenia


SEPERTI diramal, Misbun Ramdan Misbun tidak menghadapi masalah untuk ke pentas final Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Solvenia selepas mengenepikan cabaran pemain Perancis, Thomas Rouxel pada separuh akhir kejohanan itu dengan permainan dua set terus 21-13, 21-14 dalam masa 27 minit sebentar tadi.

Pada pentas final yang dijangka berlangsung petang esok (12 Mei 2013), Misbun Ramdan akan berdepan saingan daripada Lucas Corvee juga dari Perancis.

Misbun Ramdan dijangka mudah ke pentas final Antarabangsa Slovenia


SEBAGAI pemain pilihan utama kejohanan, Misbun Ramdan Misbun dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Slovenia apabila diundi menentang pemain Perancis, Thomas Rouxel pada pusingan separuh akhir kejohanan tersebut yang akan berlangsung jam 10.30 malam ini waktu Malaysia.

Pada suku akhir petang tadi, Misbun Ramdan berjaya membenam cabaran jaguh tuan rumah, Iztok Utrosa dengan kemenangan dua set terus 21-14, 21-16 dalam masa 31 minit.

Perlawanan secara 'live' di peringkat separuh akhir ini boleh diikuti di livestream

08 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2013


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2013
TARIKH: 9 - 12 MEI 2013
VENUE: SPORT HALL MODVODE

Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2013


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2013
TARIKH:9-12 MEI 2013
VENUE: SPORT HALL MEDVODE

PERSEORANGAN LELAKI
1. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
2. Tan Yuhan (BEL)
3. Luka Kraber (AUT)
4. Thomas Rouxel (FRA)
5. Iztok Utrosa (SLO)
6. David Obernosterer (AUT)
7. Lucas Corvee (FRA)
8. Lucas Claerbout (FRA)

PERSEORANGAN WANITA
1. Maja Tvrdy (SLO)
2. Olga Golovanova (RUS)
3. Marija Ulitina (UKR)
4. Lucie Cerna (CZE)
5. Lene Clausen (DEN)
6. Carola Bott (JER)
7. Natalya Voytsekh (UKR)
8. Panuga Riou (ENG)

BERGU LELAKI
1. Christopher Coles/Matthew Nottingham (ENG)
2. Gary Fox/Ben Stawski (ENG)
3. Zvonimir Durkinjak/Zvonimir Hoelbling (CRO)
4. Daniel Font/Oliver Gwilt (WAL)
 
BERGU WANITA
1. Lorraine Baumann/Lea Palermo (FRA)
2. Sarina Kohlfurst/Nathalie Ziesig (AUT)
3. Sarka Krizkova/Katerina Tomalova (CZE)
4. Carola Bott/Stasa Poznanovic (JER/CRO)

BERGU CAMPURAN
1. Zvonimir Durkinjak/Stasa Poznanvic (CRO)
2. Vitaly Konon/Yelyzaveta Zharka (UKR)
3. Henrik Toth/Laura Sarosi (HUN)
4. Matthew Nottingham/Emily Westwood (ENG)

04 Mei 2013

Nasib tidak menyebelahi Ramdan ke pentas final


Walau beraksi baik dalam pertemuan dengan Victor Axelsen, namun Misbun Ramdan Misbun terpaksa mengakui hakikat bahawa bintang muda Denmark lebih bernasib baik dalam menamatkan permainan separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Denmark sebentar tadi.

Misbun Ramdan tewas dalam permainan yang berlanjutan ke set penentuan 16-21, 21-13, 20-22 dalam masa 47 minit.

01 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Denmark 2013

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA DENMARK 2013
TARIKH: 1 - 4 MEI 2013
VENUE: ARENA NORD, FREDERIKSHAVN

Untuk mengikuti draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

30 April 2013

Pemain Pilihan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Denmark 2013



PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA DENMARK 2013
TARIKH: 1-4 MEI 2013
VENUE: ARENA NORD, FREDERIKSHAVN

PERSEORANGAN LELAKI
1. Viktor Axelsen (DEN)
2. Henri Hurskainen (SWE)
3. Eric Pang (NED)
4. Ville Lang (FIN)
5. Scott Evan (IRL)
6. Joachim Persson (DEN)
7. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
8. Petr Koukal (CZE)

PERSEORANGAN WANITA
1. Kristina Gavnholt (CZE)
2. Kirsty Gilmour (SCO)
3. Linda Zetchiri (BUL)
4. Karina Jorgensen (DEN)
5. Maja Tvrdy (SLO)
6. Stefani Stoeva (BUL)
7. Olga Konon (GER)
8. Line Kjaersfeildt (DEN)

BERGU LELAKI
1. Marcus Ellis/Paul Van Rietvelde (ENG/SCO)
2. Patrick Lundqvist/Jonathan Nordh (SWE)
3. Jonas Christensen/Marius Myhre (NOR)
4. Frederik Colberg/Mikkel Elbjorn (DEN)

BERGU WANITA
1. Emelie Lennartsson/Emma Wengberg (SWE)
2. Tatjana Bibik/Anastasia Chervaykova (RUS)
3. Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (BUL)
4. Line Damkjaer/Marie Roepke (DEN)

BERGU CAMPURAN
1. Nico Ruponen/Amanda Hogstrom (SWE)
2. Anders Skaarup Rasmussen/Lena Grebak (DEN)
3. Marcus Ellis/Alyssa Lim (ENG)
4. Frederik Colberg/Sara Thygesen (DEN)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails