Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

24 Februari 2013

Pemain Pilihan GP Emas Terbuka Jerman 2013


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA JERMAN 2013
TARIKH: 26 FEBRUARI -3 MAC 2013
VENUE:  RWE SPORTHALLE, MULHEIM AN DER RUHR

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan di kejohanan ini, sila klik disini

17 Februari 2013

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-53 buat Datuk Misbun Sidek


Pihak pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun ke-53 buat Datuk Misbun Sidek dan isteri yang disambut secara sederhana tetapi meriah sebentar tadi.

Mudah-mudahan kehadiran detik bersejarah ini akan menguatkan lagi iltizam tinggi dan diberi kesihatan berpanjangan kepada Datuk Misbun dan Datin Latifah Sidek dalam menempuh cabaran mendatang, insyaallah.

14 Januari 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia 2013


DRAW & KEPUTUSAN PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA 2013
TARIKH: 15 - 20 JANUARI 2013
VENUE: STADIUM PUTRA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan berprestij ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia 2013


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA 2013
TARIKH: 15 - 20 JANUARI 2013
VENUE: STADIUM PUTRA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan ini, sila klik disini

08 Januari 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Super Series Premier Terbuka Korea 2013


DRAW & KEPUTUSAN PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA KOREA 2013
TARIKH: 8 - 13 JANUARI 2013
VENUE: GIMNASIUM OLIMPIK 2, SEOUL

Untuk mengikuti draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

07 Januari 2013

Pemain Pilihan Super Series Premier Terbuka Korea 2013

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA KOREA 2013
TARIKH: 8 - 13 JANUARI 2013
VENUE: GIMNASIUM OLIMPIK 2, SEOUL

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan di kejohanan ini, sila klik disini

30 Disember 2012

Juara Kebangsaan impian saya - Misbun Ramdan

Ramdan..bakal teruskan legasi keluarga Sidek.
SEKALI lagi bintang utama remaja negara, Misbun Ramdan Datuk Misbun meneruskan rentak cemerlang apabila mengambil masa 37 minit untuk memastikan slot perlawanan akhir Perseorangan Lelaki Pusingan Akhir Sirkit Kebangsaan 2012 menjadi miliknya.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kedah dekat Alor Setar malam tadi, anak kepada legend badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek menang mudah ke atas ke atas Zulfadli Zulkiffli dalam permainan dua set terus 21-13, 21-16.

Bakal berdepan dengan Chong Wei Feng di pentas akhir, Misbun Ramdan lebih suka mengambil sikap mengikut suasana perlawanan ang akan berlangsung pada awal malam ini.

"Saya amat gembira dapat memasuki pentas akhir buat julung-julung kali dalam sejarah karier sebagai pemain badminton. 

"Justeru, saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mempamerkan prestasi terbaik dan sekaligus meraih kejuaraan sulung sebagai juara kebangsaan. Inilah impian  saya selama ini untuk mengikuti jejak langkah bapa saya, Datuk Misbun dan bapa saudara, Rashid Dato' Sidek yang pernah dinobatkan gelaran itu, ujarnya.

DRAW PERLAWANAN AKHIR
Perseorangan Wanita
Tee Jing Yi lwn Lydia Cheah Li Ya
Bergu Campuran
Lim Khim Wah/Vivian Hoo Kah Mun lwn Goh V Shem/Soong Fei Cho
Bergu Lelaki
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong lwn Chooi Kah Ming/Ow Yao Han
Perseorangan Lelaki
Misbun Ramdan Misbun lwn Chong Wei Feng
Bergu Wanita
Amelia Anscelly/Soong Fei Cho lwn Lydia Cheah/Sonia Cheah

(Nota: Perlawatan yang dijalankan secara urutan ini dijangka berlangsung mulai jam 6.00 petang di Dewan KBA, Alor Setar.)

13 Disember 2012

KRM Puchong destinasi Kem Bakat Negeri Selangor

 
PROGRAM pencarian bakat menerusi Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini sampai ke penghujungnya.
Pada 14-16 Disember ini, Kompleks Rakan Muda Puchong akan menjadi destinasi persinggahan terakhir bagi peringkat negeri Selangor.
Lebih 60 bakat baru berusia 9-12 sekitar negeri Selangor dijangka mengambil bahagian pada program selama tiga hari itu.
Pada tahun ini, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri ini melibatkan  15 lokasi terpilih di seluruh negara.

04 Disember 2012

Kem Bakat Badminton bertandang ke Kuantan mulai 7 Disember ini

Datuk Misbun Sidek
SELEPAS Labuan dan Kedah, Kem Bakat Badminton akan bertandang ke Kuantan bagi peringkat Negeri Pahang selama tiga hari bermula 7 Disember ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang, Indera Mahkota.

Seramai 60 bakat baru dijangka mengambil bahagian dan berpeluang menerima tunjuk ajar daripada bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek (gambar) dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails