Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

18 Disember 2011

Keratan video Latihan Sukan Teras Badminton JBS WPKL

KERATAN VIDEO
Program Latihan Sukan Teras (KELAS) Badminton
Anjuran: Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri
Venue: Dewan Badminton, Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor









Dr Ghani Yusof rasmi penutup Latihan Sukan Teras Badminton JBS WPKL


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

LEBIH 30 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sekitar Kuala Lumpur telah selamat menamatkan latihan Program Khidmat Latihan Sukan Teras (KELAS) Badminton yang berakhir di Kompleks Sukan Kelana Jaya tengahari tadi.

Program yang bermula dari 1 Oktober 2011 lalu dianjurkan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah JBSWPKL, Dr. Ghani Yusof. Turut hadir sama ialah Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Mohd Jalani Dato' Sidek, Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan Pegawai Pembangunan Sukan JBSWPKL, Zainal Kinto.

12 Disember 2011

Keratan video Kem Bakat Nusa Mahsuri Edisi Khas Banting Kuala Langat

KERATAN VIDEO
KEM BAKAT BADMINTON NUSA MAHSURI EDISI KHAS BANTING KUALA LANGAT
TARIKH: 9 - 11 DISEMBER 2011
VENUE: KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, JUGRA, BANTING, SELANGOR











68 kanak-kanak sertai Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting Kuala Langat


KELAB Badminton Nusa Mahsuri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Kolej Matrikulasi Selangor buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting, Kuala Langat yang berakhir semalam.

Kem selama tiga hari itu itu telah berjaya menarik penyertaan seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia 9 - 13 tahun sekitar Daerah Kuala Langat.

Program yang berteraskan pengisian model latihan khusus sukan badminton telah diselaraskan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dan Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Kehadiran kedua-dua lagenda yang juga anak kelahiran Banting nyata menyuntik semangat dikalangan para peserta yang cukup teruja menerima latihan dengan penuh bersemangat.

Ia sekaligus memenuhi objektif program yang bertujuan menyeimbangkan pembangunan sukan badminton dengan lebih tersusun di Daerah Kuala Langat hingga ke peringkat akar umbi selain mendedahkan golongan kanak-kanak kepada teknik permainan asas badminton dengan sistem permainan yang betul.

Program itu turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi termasuklah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Khidmat Pengurusan MDKL, Encik Miskon Haji Karim yang mewakili Yang DiPertua MDKL.


Nota: Untuk melihat lebih banyak foto menarik mengenai kem ini, sila klik disini

08 Disember 2011

Gegaran Kem Bakat Badminton di Banting mulai petang esok


Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang diketuai Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek akan 'berkampung' di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra mulai petang esok.

Kehadiran Datuk Misbun ke kampung halaman ini adalah untuk mengendalikan Program Kem Bakat Badminton Nusa Mahsuri 2011 - Edisi Khas Banting, Kuala Langat.

Program selama tiga hari dianjurkan Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Kolej Matrikulasi Selangor. Ia turut menerima kerjasama daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Butiran Program Kem Bakat Badminton Nusa Mahsuri 2011 - Edisi Khas Banting, Kuala Langat adalah seperti berikut:

Tarikh: 9 - 11 Disember 2011
Tempat: Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra
Program Latihan dikendalikan oleh: Barisan jurulatih dan pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri

04 Disember 2011

Keputusan Penuh Kejohanan Antarabangsa Wales 2011

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA WALES YONEX 2011
TARIKH: 4 DISEMBER 2011
VENUE: PUSAT SUKAN KEBANGSAAN WALES, CARDIFF
AKHIR

BERGU CAMPURAN
Ng Hui Lin/Martin Campbell (MAS/SCO) mn Ng Hui Ern/Peter Briggs (MAS/ENG) 21-16, 21-19 (23 minit}
PERSEORANGAN LELAKI
*4 Lok Chong Chieh (MAS) kk Niluka Karunaratne (SRI) 16-21, 21-18, 19-21 (59 minit)
PERSEORANGAN WANITA
*4 Nicole Schaller (SUI) mn *1 Ragna Ingolfsdottir (ISL) 3-1, tarik diri
BERGU WANITA
Ng Hui Lin/Ng Hui Ern (MAS) mn *2 Alexandra Langley/Lauren Smith (ENG) 21-16, 21-14 (28 minit)
BERGU LELAKI
*2 Chrisopher Coles/Matthew Nottingham (ENG) mn *1 Martin Campbell/Angus Gilmour (SCO) 21-19, 21-7 (29 minit)

Live Score Akhir Antarabangsa Wales 2011

LIVE SCORE
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA WALES YONEX 2011
TARIKH: 4 DISEMBER 2011
VENUE: PUSAT SUKAN KEBANGSAAN WALES, CARDIFF
AKHIR

BERGU CAMPURAN
Ng Hui Lin/Martin Campbell (MAS/SCO) lwn Ng Hui Ern/Peter Briggs (MAS/ENG)
PERSEORANGAN LELAKI
*4 Lok Chong Chieh (MAS) lwn Niluka Karunaratne (SRI)
PERSEORANGAN WANITA
*1 Ragna Ingolfsdottir (ISL) lwn *4 Nicole Schaller (SUI)
BERGU WANITA
Ng Hui Lin/Ng Hui Ern (MAS) lwn *2 Alexandra Langley/Lauren Smith (ENG)
BERGU LELAKI
*1 Martin Campbell/Angus Gilmour (SCO) lwn *2 Chrisopher Coles/Matthew Nottingham (ENG)

(Nota: Perlawanan akhir yang akan diadakan secara urutan seperti diatas akan bermula dari jam 6.00 petang waktu Malaysia; 4/12/2011)


Untuk mengikuti siaran langsung @ live score pertandingan akhir kejohanan ini, sila klik disini

02 Disember 2011

Draw & Keputusan Kejohanan Antarabangsa Wales 2011

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA WALES YONEX 2011
TARIKH: 1 - 4 DISEMBER 2011
VENUE: PUSAT SUKAN KEBANGSAAN WALES, CARDIFF

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Antarabangsa Wales 2011

SENARAI PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON ANTARABANGSA WALES YONEX 2011
TARIKH: 1 - 4 DISEMBER 2011
VENUE: PUSAT SUKAN KEBANGSAAN WALES, CARDIFF

Untuk mengetahui senarai pemain pilihan kejohanan ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails