Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

24 April 2012

Pulau Pinang destinasi pilihan Kem Bakat minggu ini

SELEPAS berjaya menarik penyertaan seramai 66 bakat baru di Melaka dua minggu lepas, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri)  akan meneruskan kesinambungan program ke kawasan utara pula. Pulau Pinang akan menjadi destinasi pilihan kem bermula Jumaat ini.

Seperti kelazimannya, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang disertai barisan jurulatih dan pemain Nusa Mahsuri akan hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada bakat-bakat Pulau Pinang yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pulau Pinang, Batu Uban.

Difahamkan, lebih 60 kanak-kanak berusia 9-12 tahun sekitar negeri yang cukup sinonim dengan panggilan ' Pulau Mutiara' dijangka mengambil bahagian. Selain Nusa Mahsuri, program selama tiga hari itu turut disertai pegawai Insitut Sukan Negara (ISN) yang akan tampil dengan ceramah berkaitan pemakanan dan masalah kecederaan sukan.
 


08 April 2012

Kejohanan Antarabangsa Perancis 2012:Hajat Misbun Ramdan tidak kesampaian

HAJAT pemain utama remaja Kebangsaan, Misbun Ramdan Datuk Misbun untuk mengapai kejuaraan pertama pada tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain berpengalaman India, Anand Pawar pada aksi final Kejohanan Antarabangsa Perancis di Palais des Sports, Orleans sebentar tadi.

Misbun Ramdan yang diletakkan sebagai pemain pilihan keempat kejohanan gagal memecah kebuntuan ketika berdepan dengan Pawar selepas rentak permainan berjaya dibaca. Misbun Ramdan kecundang dua set terus 16-21, 10-21 dalam masa 34 minit.

Aksi final sebelah petang waktu Perancis itu turut membawa malapetaka buruk buat skuad negara apabila dua lagi wakil negara, Sannatasah Saniru dan gandingan Nelson Wei dan Chow Mei Kuan selepas terlebih dahulu menerima nasib serupa apabila kalah dua set terus kepada lawan masing-masing.

KEPUTUSAN PENUH
PERSEORANGAN WANITA
Sannatasah Saniru (MAS) kk *1 Judith Meulendijks (Ned) 12-21, 15-21 [30 minit]
BERGU CAMPURAN
Nelson Wei Keat/Chow Mei Kuan (MAS) kk *1 Peter Kaesbauer/Johanna Goliszewski (JER) 12-21, 11-21 [24 minit]
PERSEORANGAN LELAKI
*4 Misbun Ramdan Misbun kk *3 Anand Pawar (IND) 16-21, 10-21 [34 minit]

02 April 2012

Bakat muda Kelantan terima latihan Misbun



Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji bermula 29 Mac 2012 lalu.

Program selama tiga hari yang bermula dari jam 6.30 pagi menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi latihan senam cergas, latihan kemahiran, shuttle drill, latihan bayangan dan bermacam-macam lagi yang dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek yang turut dibantu barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri.

Jurulatih-jurulatih kelab profesional pertama negara yang turut terlibat sama ialah bekas pakar bergu negara, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Haji Hashim.

Seramai 69 bakat-bakat muda seluruh negeri Cik Siti Wak Kembang telah mengambil bahagian termasuk dari dari Jajahan Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Majlis perasmian penutup kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Nusa Mahsuri itu telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Kelantan, Encik Md. Sulji Zakaria. Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

*Untuk melihat foto-foto menarik mengenai kem di negeri ini, sila klik ke ruangan Foto laman Facebook: Kem Bakat Badminton.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails