Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

24 Februari 2010

Lebih 300 penduduk Ampang Jaya banjiri Klinik Badminton Nusa Mahsuri




Sebahagian pemimpin dan orang ramai bergambar kenangan dengan Misbun, Jalani, Rashid dan Rahman disamping Azmin Ali, Saari Sungib dan Amirudin Shari.

Misbun Sidek sedang mengendalikan klinik badminton di Dewan Taman Seri Keramat AU2 malam tadi.

Kelihatan penduduk sekitar Ampang Jaya sedang menyaksikan barisan pemain NMBC bermain dalam perlawanan pertunjukan.

LEBIH 300 orang penduduk sekitar Ampang Jaya termasuk golongan belia telah membanjiri Dewan Serbaguna Taman Seri Keramat AU2 bagi menyaksikan Klinik Badminton Bersama Nusa Mahsuri (NMBC) malam tadi.

Klinik anjuran JKP Zon 3 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dikendalikan oleh jurulatih perseorangan negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek beserta barisan jurulatih dan pemain NMBC.

Selain Misbun, turut mengambil bahagian ialah Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato' Sidek, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Mohd Sharizal Latip, Misbun Ramdan Datuk Misbun, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat, Norhafizi Aswad Ramli, Hakimi Rahman dan Rahim Rahman.

Menurut jurucakap Program Klinik Badminton Bersama NMBC, Saudara Razali Ramly, objektif utama program itu diadakan adalah bertujuan menyemai dan merangsang minat dikalangan masyarakat khususnya anak-anak muda terhadap sukan berprestij itu.

"Kita berharap program ini mampu membentuk ahli masyarakat sentiasa cergas menerusi kegiatan berfaedah,"ujarnya.

Turut menyaksikan klinik tersebut ialah Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, YB Haji Mohammad Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib, ADUN Batu Caves, YB Amirudin Shari yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor, Penasihat-Penasihat NMBC, Haji Mohd Jalani Dato' Sidek dan Haji Abdul Rashid Dato' Sidek.

Sesi perkenalan...Misbun sedang memperkenalkan barisan jurulatih dan pemain NMBC kepada orang ramai.

Rahim Rahman vs Hakimi Rahman...antara sesi perlawanan pertunjukan yang menarik perhatian ramai.

Kelihatan Rahman (dari kiri) diikuti Jalani, Amirudin Shari, Azmin dan Razali Ramly sedang mendongak ke atas menyaksikan pukulan-pukulan dilakukan barisan pemain NMBC ketika sesi perlawanan pertunjukan.

Misbun sedang memerhatikan aksi perlawanan antara Roslin Hashim dan Zulfari Abdullah.

Misbun sedang memperkatakan sesuatu kepada Azmin sambil didengari penuh minat oleh Jalani dan Saari.



23 Februari 2010

Gegaran Klinik Badminton Bersama Nusa Mahsuri malam ini!

Aturcara Program
KLINIK BADMINTON BERSAMA NUSA MAHSURI
Tarikh: 23 Februari 2010
Masa: 8.00 malam hingga 10.30 malam
Venue: Dewan Serbaguna Taman Seri Keramat, AU2, Kuala Lumpur
Anjuran: JKP MPAJ Zon 3

8.00 malam
Majlis Perasmian oleh YB Haji Mohamad Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Kawasan Bukit Antarabangsa
8.15 malam
Penerangan kerjaya oleh Datuk Hj Misbun Dato’ Hj Sidek
8.45 malam
Perlawanan Pertunjukan barisan pemain dan jurulatih Nusa Mahsuri
9.25 malam
Skil dan teknik oleh Nusa Mahsuri
9.45 malam
Soal jawab bersama Datuk Hj Misbun Dato’ Hj Sidek
10.30 malam
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

07 Februari 2010

Keputusan Penuh Akhir GP Sirkit Kebangsaan 2009

KEPUTUSAN PENUH
PUSINGAN AKHIR GRAND PRIX SIRKIT KEBANGSAAN 2009
TARIKH: 7 FEBRUARI 2010
VENUE: STADIUM TERTUTUP MBJB, JOHOR BAHRU, JOHOR
AKHIR

BERGU CAMPURAN
Mohd Fairuzizuan Tazari/Wong Pei Tty (BAM/PK) mn *1 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (BAM/PK/MK)
21-18, 16-21, 21-19 [46 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Tee Jing Yi (BAM/PG) mn *1 Lydia Cheah Su Ya (BAM/KL)
21-10, 11-21, 21-11 [40 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (BAM/PG) mn *3/4 Kuan Beng Hong (BAM/KD)
21-17, 21-13 [30 minit)

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (BAM/PK/PG) mn *2 Lim Yin Loo/Ng Paou Leng (BAM/NS/SB)
21-14, 21-12 [30 minit]

BERGU LELAKI
*1 Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (PK/PK) mn Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong (BAM/PK/JH)
21-16, 20-22, 21-13 [50 minit]

04 Februari 2010

Draw & Keputusan Pusingan Akhir GP Kebangsaan 2009

DRAW PERLAWANAN & KEPUTUSAN
PUSINGAN AKHIR GRAND PRIX SIRKIT KEBANGSAAN 2009
TARIKH: 4 - 7 FEBRUARI 2010
VENUE: STADIUM TERTUTUP BANDARAYA JOHOR BAHRU, JOHOR

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan di kejohanan ini, sila klik disini

2 pemain NMBC bawa cabaran Selangor

DUA pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NBMC), Muhammad Roslin Hashim dan Mohd Sharizal Latip akan membawa cabaran Selangor dalam acara perseorangan lelaki pusingan akhir Grand Prix Sirkit Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru mulai hari ini.

Muhammad Roslin akan beraksi dalam Kumpulan D yang terdiri daripada pemain pilihan, Kuan Beng Hong, Kuan Kam Chung dan Goh Soon Huat manakala Sharizal pula berdepan cabaran lebih getir apabila diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Chan Kwong Beng, Liew Daren dan Mohd Syawal Ismail.

Pemain Pilihan Pusingan Akhir Grand Prix Sirkit Kebangsaan 2009

SENARAI PEMAIN PILIHAN
PUSINGAN AKHIR GRAND PRIX SIRKIT KEBANGSAAN 2009
TARIKH: 4 - 7 FEBRUARI 2010
VENUE: STADIUM TERTUTUP BANDARAYA JOHOR BAHRU, JOHOR

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Dato' Lee Chong Wei (BAM/PG)
*2 Tan Chun Seang (BAM/KD)
*3/4 Chan Kwong Beng (BAM/PK)
*3/4 Kuan Beng Hong (BAM/KD)

BERGU LELAKI
*1 Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (PK)
*2 Mohd Fairuzizuan Tazari/Mohd Zakry Latif (BAM/PK/NS)

PERSEORANGAN WANITA
*1 Lydia Cheah Li Ya (BAM/KL)
*2 Sannatasah Saniru (BAM/SB)

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (BAM/PK/PG)
*2 Lim Yin Loo/Ng Paou Leng (BAM/NS/SB)

BERGU CAMPURAN
*1 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (BAM/PK/MK)
*2 Ong Jian Guo/Chong Sook Chin (BAM/MK/SL)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails